Saturday, August 4, 2012

PERTAHANKAN ISLAM DAN KEMURNIAN BUDAYA KITA

BERSEDIA BERJIHAD MENENTANG KEZALIMAN .


Bagi bangsa Eropah berperang dan membunuh adalah satu kemuliaan. Jaguh perang bangsa Eropah diberi gelaran " knight"..., Demi untuk gelaran dan kemulian mereka sanggup memceroboh dan menjajah kawasan untuk kemuliaan TUAN mereka. Oleh kerana itu bandar-bandar purba mereka di kelilingi tembok dan longkang-longkang besar.


Segala masalah diselesaikan bukan diatas meja rundingan tetapi dengan menguji kekuatan. Siapa yang lebih kuat dialah yang paling benar, yang kalah hilang semua dan diperhambakan oleh pemenang.

Belas kasihan tiada dalam kamus mereka. Apabila mereka berjaya menakluk sesuatu kawasan, bangsa akan dihalau keluar atau dibunuh. Wanita , kanak-kanak dan orang tua tidak dibezakan , semuanya dibunuh demi lambang kemegahan mereka. Genocide bagi mereka adalah satu "final solution", penyelesaian terakhir.

Semasa tentera "Salib" kristian berjaya menakluk Palestin pada tahun 1099, Dalam masa 2 hari 40 ribu penduduk di Palestin dibunuh dengan kejam. Darah bagaikan sungai yang mengalir deras. Kanak-kanak dan bayi dilambung kemudian dan dicincang. wanita-wanita diperkosa dan dibunuh.
Salah seorang tentera Perang Salib, Raymond dari Aguiles, merasa bangga dengan kekejaman ini:

Pemandangan mengagumkan akan kelihatan. Beberapa orang lelaki kami (dan ini lebih mengasihi sifatnya) memenggal kepala-kepala musuh-musuh mereka; lain menembak mereka dengan panah-panah, sehingga mereka berjatuhan dari menara-menara; lain menyeksa mereka lebih lama dengan memasukkan mereka ke dalam nyala api. Tumpukan kepala, tangan, dan kaki akan kelihatan di jalan-jalan bandar. Perlu berjalan di atas mayat-mayat manusia dan kuda. Tapi ini hanya masalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang terjadi pada Biara Sulaiman, tempat di mana ibadah keagamaan kini dinyanyikan kembali ... di biara dan serambi Sulaiman, lelaki berdarah-darah disuruh berlutut dan dibelenggu lehernya.


Apa yang saya ceritakan ini bukan kisah dongeng. Ia bukan rekaan yang dibuat kerana ingin menakutkan , Ini adalah suatu amaran akan bahaya yang bakal kita hadapi. Bangsa ini tidak pernah berputus ada dari merancang untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara kita. Kegagalan kita mengenali mereka akan menyukarkan persediaan dan strategi kita untuk menyelamatkan diri kita.

Janganlah kita berharap ada negara Islam lain yang akan menolong kita andai negara kita diceroboh oleh Kapitalis barat ini. Bahkan sebenarnya secara tidak langsung Barat telah menceroboh pemikiran , budaya dan agama kita.

Dalam bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk LIWAT sebagai sesuatu HAK. Perkahwinan di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.

Larangan MENUKAR AGAMA di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.

Budaya dan nilai hidup yang akan dipaksa kita terima ialah "hedonisme" iaitu keseronokan yang tidak terhad, kebebasan mengikut nafsu, khususnya nafsu seks. Cara hidup kita akan dipersamakan dengan cara hidup mereka. "Asian values" tidak akan wujud bagi mereka.

Inilah cara baru mereka. Mereka menyerang nilai-nilai mulia kehidupan kita , untuk digantikan dengan kehidupan yang berasaskan kepada nafsu dan keseronokkan semata-mata. Ingatlah serangan ini belum dan tidak akan berakhir. Mereka akan terus menyerang bertubi-tubi sehinggalah negara kita ini dikepalai oleh orang yang bersetuju dengan ideologi mereka. Percayalah , mereka tidak akan tenang selagi dendam kesumat mereka untuk menganyang negara kita ini berjaya.

Justeru itu, kenang-kenanglah kehidupan kita sekarang. Suasana aman kita sekarang ini janganlah di gadaikan. Usah terpedaya dengan kilauan emas dan syurga yang dijanjikan. 55 tahun kita merdeka bukanlah satu jangka masa yang lama, tetapi kita berjaya membangunkan sebuah negara Islam yang maju dan progresif. Dikenali dunia luar sebagai satu contoh negara Islam yang mooden dan maju. PELIHARALAH NEGARA KITA , PELIHARALAH BANGSA KITA , PELIHARALAH AGAMA ISLAM KITA DAN BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG TELAH ALLAH LIMPAHKAN KEPADA KITA.
AMIN YA RABBAL'ALAMIN.

assalamualaikum WBT.



No comments:

Post a Comment