Monday, July 30, 2012

AGENDA RAKUS KAPITALIS BARAT. DUNIA TANPA SEMPADAN.




Apabila KAPITALIS barat memperkenalkan "agama" baru mereka 
"GLOBALISASI", atau DUNIA TANPA SEMPADAN, mereka memilih untuk 'memaksa' negara-negara dunia ketiga, negara miskin untuk menerima pakai sistem baru mereka tanpa prejudis.

Mana-mana negara yang kelihatan menentang atau tidak bersetuju akan diberi tekanan dan di "disiplinkan" dengan pelbagai cara. Samaada mata wang negara tersebut diturunkan nilainya, atau melancarkan sekatan ekonomi , bahkan jika perlu kekuatan tentera akan mendidik negara yang degil tersebut. Inilah nilai-nilai "INDAH" demokrasi yang dilaung-laungkan oleh  Negara barat.

Adakah ini nilai-nilai demokrasi yang kita mahu terima dalam kehidupan seharian kita di Malaysia. ?

Hari ini , di negara tercinta ini sudah ada yang berani secara terang-terangan untuk membawa bukan sekadar aset perniagaan, bahkan budaya KUNING BARAT yang bebas tanpa sekatan. Istilah Free Sex , LBGT , Liwat dan pelbagai lagi yang tidak pernah kita dengar sebelum ini di tuntut oleh golongan ini sebagai HAK mereka. Kemuliaan institusi keluarga tidak lagi dipandang mulia. Undang-undang yang menghalang perbuatan ini dianggap LAPOK dan perlu di tukar oleh sesetengah pemimpin. 
 

Malangnya ada sesetengah pemimpin Islam "menghalalkannya" demi agenda politik peribadi mereka. Kerana hasutan negara luar dan keinginan nafsu untuk berkuasa, pemimpin ini sanggup untuk mengkianati agamanya sendiri bahkan sanggup bersekongkol dengan negara luar bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk ditukar dengan kerajaan yang lebih demokratik mengikut acuan barat.

Justeru itu , rakyat dihasut supaya bangun menentang kerajaan yang kononya tidak demokratik, bagi mencapai cita-cita politik pemimpin tersebut. Jika mereka gagal melalui peti undi didalam pilihanraya, mereka mencubanya dengan menghasut rakyat supaya menjatuhkan kerajaan melalui demontarsi. Kebebasan akhbar digunakan untuk menyebar fitnah. Media masa, internet dan laman sosial digunakan sepenuhnya untuk menyebar maklumat palsu , fitnah dan serangan peribadi terhadap permimpin- pemimpin negara untuk menimbulkan kebencian rakyat. 
 
Jika kerajaan bertindak tegas ,kerajaan dituduh sebagai zalim , kuku besi dan ditaktor. Inilah taktik-taktik yang diguna pakai oleh kuasa BARAT terutama proksi Zionist untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang "murtad" pada sistem KAPITALIS .

Ternampak jelas kuasa-kuasa luar ini begitu rakus sekali dalam mengatur agenda mereka. Mereka memasang "BONEKA-BONEKA" yang akan menurut apa sahaja kemahuan mereka. Walaupun sesetengah boneka mereka terpalit dengan skandal-skandal kotor, asalkan sahaja boleh menguntungkan, mereka tidak peduli. Satu demi satu kerajaan di Timur Tengah di jatuhkan atas alasan kerajaan lama korup dan perlu di tukar. Regim Change ini bukanlah sesuatu kebetulan, bahkan ianya telah dirancang dengan begitu teliti agar tidak kelihatan "tangan-tangan ghaib dibelakangnya". Atas nama kuasa rakyat, kerajaan Libya , Mesir, Tunisia, Iraq, Afganistan dan saya yakin tidak lama lagi Syria dan Iran akan di gulingkan.

Rakyat Malaysia harus sedar dan  bangkit dari dikhayalkan dengan pelbagai janji-janji indah pemimpin-pemimpin yang "desperate", mahu berkuasa. Ingatlah kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi ini bukan datang dengan sendirinya. Ianya hasil dari usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang bertungkus lumus siang dan malam dengan penuh ikhlas berkerja untuk kesejahteraan rakyat. WASPADALAH, KEMERDEKAAN NEGARA KITA INI BOLEH TERGADAI SEKELIP MATA , ANDAI KITA SILAP MEMILIH PARTI YANG AKAN MEMIMPIN NEGARA.

"ORDER BARU DUNIA"

No comments:

Post a Comment