Sunday, June 5, 2016

PERTAHAN KEDAULATAN

PULAU LAYANG-LAYANG (SIRI 1) ‪#‎MYLayangIsland‬


Pulau Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) adalah pulau karang kecil yang termasuk dalam Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Malaysia menganggap Pulau ini masih berada dalam landas kontinennya sehingga dinyatakan dengan tegas bahawa ia sebahagian dari kedaulatan Malaysia walaupun pulau ini dan juga Kepulauan Spratly yang lain menjadi tuntutan negara-negara di asia seperti China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei. Sebelum kita melangkah terus ke Pulau Layang-layang adalah Lebih elok kita mengimbau serba sedikit sejarah tuntutan yang dibuat oleh negara-negara di Asia di Kepulauan Spratly.


Negara-negara yang menuntut kepulauan ini mengunakan pelbagai kaedah untuk membuat tuntutan di kawasan Kepulauan Spratly. Negara China menyatakan bahawa kaedah sejarah penemuan pulau-pulau di Laut Laut China Selatan mengukuhkan lagi tuntutan mereka terhadap Kepulauan Spratly. Negara China menambah bahawa pulau-pulau tersebut merupakan tempat persinggahan Armada China ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi sejak tahun 1405 hingga 1433 lagi. Manakala Tentera laut Perancis pula pernah menduduki Kepulauan Spratly dengan menganggap tidak ada pemilik atau terra nullius (tanah yang tidak dimiliki siapa pun) pada tahun 1930 dan 1933, walaupun China membantah secara lisan.


Negara Jepun pernah menawan Kepulauan Spratly pada 1939 dan bila Jepun kalah perang pada tahun 1945, kepulauan tersebut dituntut oleh China. Pada tahun 1946 Tentera Laut Perancis mendarat dan memasang batu tanda di Pulau Spratly, Pulau Woody dan Itu Aba. Tentera Kuomintang pernah menduduki Kepulauan Spratly pada tahun 1947 dan bila komunis menguasai seluruh jajahan China, Kuomintang berundur ke Pulau Taiwan.

cerita selanjutnya disini : PULAU LAYANG-LAYANG

No comments:

Post a Comment