Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

TEGUH SUNGGUH JIWA MU

Aku masih ingat lagi...



Tiba2 pintu kelas 5A diketuk..kedengaran salam dihulurkan..Assalamualikum ..cikgu,PK HEM nak jumpa AMIR....pekerja pejabat menegurku dari depan pintu..aku tersenyum dan menganguk pada amir tanda aku mengizinkan dia keluar...

"Terima kasih cikgu..saya minta diri dulu"..lembut tutur kata amir... amir memang seorang pelajar yang lembut, sopan cuma dia kurang aktif dalam kelas..lebih banyak berdiam diri... satu soalan ditanya satu jawapan diberi..aku mengangguk pada amir... tanda aku memahami...

10 minit berlalu amir kembali ke kelas...kulit putih kuningnya merona merah...matanya berkaca...aku kehairanan....dia tenang mendapatkan ku yang ketika itu berada di meja guru... aku cuma merenung tepat ke wajahnya tanpa suara tanpa bicara... dihatiku tertanya2 apakah yang berlaku????
"Cikgu!!!suaranya serak....."


"Ya!!!,kenapa amir.????"..aku bernada memujuk,kerana aku tahu ada sesuatu yang takkena!!!
"Cikgu saya kena balik... mak saya meninggal cikgu.."
Suaranya sangat perlahan... tiada setitis airmatapun yang tumpah... cuma bebola matanya nampak berkaca!!!


"Ya Allah... innalilillahiwainahirajiun.""...

itu jer yang mampu aku katakan... aku pulak yang sedikit gelabah melihat ketenangan pelajar ni...dia dapat dari mana kekuatan itu????kalau aku menerima berita macam ni...tak tahulah macam mana keadaanku....dadaku jadi sebak serta merta..sebab ku tahu bukan mudah untuk menerima berita sebegini...budak dihadapanku ini hanya baru berusia 11 tahun... aku jadi kehairanan malah malu dengan diri sendiri mungkin aku tidak setabah dia...lebih menyedihkan aku, aku tahu amir adalah seorang anak kepada seorang ibu tunggal..pemergian ibunya bermakna dia kini yatim piatu...amir bagaimana mungkin kau sekuat ini??????.......
"Sabar yer..tuhan sayangkan mak awak????"itu yang mampu aku sambung kata2ku...aku sangat bimbang airmataku gugur dihadapannya.. menangis dihadapannya bermakna aku menambah luka hatinya...aku tahan sekuat hati sebak perasaanku....aku berjaya!!!aku memeluknya tika dia bersalam dan mengucup tanganku...kawan2 yang lain ada yang dah menangis.. memandang amir...


Dalam pelukan takziah dia berbisik padaku...


"Cikgu!!!!saya redha dan relakan mak pergi..dah lama sangat mak sakit terlantar menderita sakit kanser...teruk cikgu!!!!,saya dah tak sanggup nak tengok...dari muda sampai tua mak menderita..bila dia pergi dia akan lebih lega,tenang dan bahagia disisi tuhan...."


Allahuakhbar..aku bagai tak percaya..ayat ini keluar dari bibir budak lelaki kecil dihadapanku...Subhanaallah...kau memang budak lelaki yang istimewa..walaupun kau sangat pemdiam...

kau menangis dalam hati rupanya..ku kira sudah kering airmatamu selama ini..kau cukup bersedia menghadapi kehilangan ini....ajarlah aku wahai amir menjadi sekuatmu....dalam ayat akhirnya ... 
aku tewas..
tebing dan empangan air mataku pecah...aku akhirnya menangis dibahunya..tapi sekuat hati ku kawal.agar tidak keterlaluan!!!....dia pergi meninggalkan aku..ayah saudaranya menunggu di luar kelas....Aku mengelap air mata..masaku tamat aku meninggalkan kelas dengan perasaan cukup sebak...

Amir, cikgu terharu kerana kamu..... terharu6 melihat kebesaran hati kamu..kemantapan jiwa kamu...keredhaan hati seorang budakk lelaki spt kamu...jika dihitung dari usia cikgu lebih berusia dari kamu...tapi cikgu selalu kalah dengan perasaan...adakala terlanjur kata bagai menyalahkan takdir...cikgu ingin belajar dari kamu..menjadi insan sekuat kamu...kamu diuji Allah diusia yang begitu muda..akhirnya kau matang sebelum masanya...ku tahu kau bagai penyu menangis .......sebab tiada siapa yang tahu...lebur hatimu...

Monday, March 31, 2014

BAHAGIAN PALING SUKAR ... "HISHAMMUDDIN.

KUALA LUMPUR, 31 Mac  - Apa yang sering bermain dalam fikiran pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu lepas?
mh370 hishammuddin 4
“Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu… bahawa saya boleh memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka,” katanya.
Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual oleh media tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.
“Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat yang seperti ini umpama ‘roller-coaster’ untuk saya. Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.
Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif. Itu yang saya lalui bersama anggota Kabinet khususnya Perdana Menteri,” katanya.
Simpati beliau terhadap keluarga terbabit diluahkan secara terbuka sebelum ini, dan Hishammuddin berharap waris mereka yang berada dalam pesawat malang itu faham bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha sedaya upaya serta konsisten dalam insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Hishammuddin yakin tragedi itu membawa hikmah tersendiri apabila semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa atau fahaman politik bersatu mendoakan yang terbaik dan mempertahan negara apabila ‘dihentam’ media asing.
Saban hari, laman sosial Hishammuddin, yang juga anak Perdana Menteri Ketiga Malaysia Tun Hussein Onn, ‘dihujani’ kata-kata semangat meminta beliau tidak berputus asa.
“Kita tengok dalam Twitter, ramai pemimpin pembangkang yang beri kata-kata semangat kepada saya setiap hari. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin melihat sesuatu perkara secara positif atau negatif,” katanya.
Ironinya, ini bukan kali pertama Hishammuddin ‘diuji’ dengan kejadian di luar jangka kerana setahun yang lepas, beliau atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri berdepan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Menganggap itu sebagai ‘asam garam’ pekerjaan pilihannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata kedua-dua insiden (Lahad Datu dan MH370) membawa cabaran berbeza.
“Ketika kejadian Lahad Datu, kita (Malaysia) tidak mempunyai sokongan dan kepakaran daripada dunia, saya secara peribadi berasa keseorangan dan maklumat yang kita terima tidak boleh dikongsi dengan orang ramai,” katanya.
Ini berbeza dengan tragedi MH370 apabila pelbagai negara, tanpa membangkitkan soal kewangan, menawarkan bantuan, menghantar aset terkini dan canggih selain berkongsi maklumat radar hanya untuk mencari MH370.
Ditanya bagaimana beliau melihat beberapa individu mengambil kesempatan daripada tragedi MH370, Hishammuddin berkata beliau kesal dengan kejadian itu namun yakin ‘hanya perkara yang baik akan menang di akhirnya apabila kebenaran terbukti’.
“Saya tidak pernah menyesal. Malah saya amat bangga menjadi pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan. Saya bangga dengan pasukan mencari dan menyelamat kita serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita berdiri sebagai sebuah bangsa.
“Saya tidak akan putus asa. Semua yang berlaku ada sebabnya. Saya buat yang terbaik dan tawakal kepada Allah,” katanya.

SUMBER