Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Sunday, March 12, 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU MAT DAN

Siapa yang tak kenal Mat Dan, selebriti warga Britain yang amat fasih bercakap loghat Terengganu dan kini menjadi antara personaliti yang diminati rakyat negara ini.




Bersahaja dalam mengutarakan pendapat dan fasih dalam loghat Terengganu, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler dan kini membawa nama Kareef Daniel Abdullah, 28, selepas memeluk agama Islam telah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis Melayu dalam satu majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu pagi tadi dan melangsungkan pernikahan pada sebelah petang.

Gambar-gambar majlis pertunangan dan pernikahan Mat Dan yang berasal dari Bristol, England itu mula tersebar di media sosial menunjukkan ibu beliau, Nicola Tyler, menyarungkan sebentuk cincin kepada seorang gadis yang dikatakan tunangan Mat Dan pada pukul 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat kedua-dua belah pihak.

Atas permintaan keluarga, nama gadis yang berbaju kurung berwarna biru serta bertudung itu terpaksa dirahsiakan.

Januari lalu, sebuah portal online melaporkan Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu.

Mat Dan yang mempunyai hobi mengembara mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009 selepas mengembara ke seluruh Asia Tenggara ketika itu.

Beliau bercuti di Pulau Perhentian dan seterusnya ke Pulau Kapas dan mula jatuh cinta dengan keindahan negara ini ketika itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di sini. - UTUSAN ONLINE



Sunday, January 24, 2016

McDONALD's : MENGORAK LANGKAH MEMBANTU MASYARAKAT



McDonald's bukanlah sebuah syarikat makanan segera yang hanya memburu keuntungan semata-mata.  Seperti yang saya pernah jelaskan  dalam artikel saya sebelum ini ( http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2016/01/sumbangan-mcdonalds-kepada-masyarakat.html )  serba sedikit tentang usaha McDonald's Malaysia membantu rakyat Malaysia.

Tanpa menghiraukan tohmahan, fitnah dan boikot yang dilakukan oleh segelitir rakyat Malaysia yang terkeliru, McDonald's terus mengorak langkah kehadapan dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Selain dari membantu kanak- kanak yang kurang bernasib baik, kutipan derma dari Ronald McDonald House Charities (RMHC)  juga digunakan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada awal 2015 yang lalu.  Semua usaha ini dilakukan melalui kerjasama erat antara Mcdonald's dengan RMHC.

Dana yang terkumpul  antara bulan Januari hingga Februari 2015  iaitu sebanyak RM425 ribu dari RMHC telah digunakan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Bantuan ini telah disalurkan dan dibahagikan kepada beberapa buah sekolah di Kelatan dan di Terengganu.

Bagi rumah anak-anak yatim dan mereka yang hilang tempat tinggal serta mereka yang terjejas teruk dalam bencana alam ini, McDonald's dibawah RMHC memberi bantuan dan menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk mereka.

Selain dari kerja amal itu, RMHC dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)  juga telah menyediakan satu tempat tinggal sementara iaitu Ronald McDonald's House (RMH) bagi keperluan pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka. Disini mereka boleh bermesra dan berkenalan dengan keluarga pesakit yang lain sambil dapat bertukar-tukar fikaran.

RMH ini sebenarnya telah banyak  membantu kanak-kanak dan keluarga mereka. Lebih dari 600 keluarga telah mendapat manfaat dari kemudahan RMH ini. RMH yang terletak di dalam kawasan PPUKM ini telah membelanjakan lebih kurang RM 4.5 juta setahun dalam menjalankan operasinya.

Sebenarnya banyak lagi kerja amal yang dilakukan oleh McDonald's melalui RMHC antaranya Ronald McDonald Gift and Smile, Ronald McDonald Sensory Room dan juga Ronald McDonald Scholarship.

Tanpa mengenal batas agama, bangsa dan keturunan McDonald's terus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu masyarakat. Oleh itu sewajarnya rakyat Malaysia yang matang dan berpendidikan seharusnya memberi sokongan dan pada masa yang sama menolak tohmahan, fitnah dan boikot yang doilakukan oleh segelintir individu.

Dapatkan maklumat yang benar lagi sahih kerana tanpa mendapat maklumat yang betul dari sumber yang betul, masyarakat boleh dikelirukan tanpa mempunyai asas yang kukuh.

Jadikan satu perubahan yang kecil, memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.


Artikel yang berkaitan :
http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2016/01/sumbangan-mcdonalds-kepada-masyarakat.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2015/12/boikot-satu-kesilapan-mcd-tiada-kaitan.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2015/12/boikot-mcdonalds-satu-pandangan.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2015/12/kenapa-perlu-boikot-mcdonalds.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2016/01/mcdonalds-dijamin-halal-100-oleh-jakim.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2015/12/boikot-mcdonalds-emosi-mengatasi.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2016/01/produk-mcdonalds-halal-dan-selamat.html