Tuesday, September 4, 2018

JELASKAN MACAM MANA DIA BOLEH TERLEPAS ?



23 Dzulhijjah 1439H
Selasa 12.15p.m.

NURUL IZZAH SERANG MAHATHIR LAGI?

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kuasa pendakwaan bakal mewujudkan konflik kepentingan.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, meski pun cadangan tersebut dianggap baik dari satu sudut, namun ia berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan dan bukanlah suatu amalan yang baik.

Nurul Izzah semalam mendesak agar Peguam Negara Tommy Thomas menjelaskan tindakan menarik balik dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Menteri Kewangan, JOSEPH Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

Saya melihat kenyataan Nurul Izzah tersebut sebagai suatu usaha halus menyerang menteri kewangan yang dilihat sebagai sekutu rapat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sebelum ini Nurul Izzah juga mengkritik perlantikan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai pemudahcara keamanan di Selatan Thailand.

Samada Nurul Izzah mengkritik Rahim Noor atau Tommy Thomas, kedua-duanya merupakan sekutu rapat kepada Mahathir.

Dalam isu ini, saya melihat Nurul Izzah dan/atau PKR tidak mempunyai keberanian mendesak Thomas meletakkan jawatan meski pun terdapatnya laporan polis mengenai kejanggalan tindakan beliau menarik dakwaan terhadap JOSEPH Lim.

Apakah kritikan Nurul Izzah sebahagian dari agenda terancang fraksi Anwar di dalam PKR yang semakin gusar dengan kepemimpinan Mahathir?
🌐 https://goo.gl/QBWuVr
🌐 https://goo.gl/QBWuVr
🌐 https://goo.gl/QBWuVr

ZAMZURI MOHAMED TAHIR

No comments:

Post a Comment