Tuesday, July 24, 2018

KENAPA AKTIVIS LTTE MASIH LAGI BEBAS ?




Utusan: Mengapakah Datuk bersungguh-sungguh membantah perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?

LTTE sama seperti organisasi pengganas yang lain. Kita boleh membacanya dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa tentang keganasannya. Sebab itu, kita merasa susah hati kerana kewujudan aktivis mereka di negara ini.

Ada yang mengaitkan bahawa isu LTTE ditimbulkan, tidak lain untuk membalas bantahan pihak tertentu terhadap pendakwah bebas Dr. Zakir Naik. Apa komen Datuk?

Ini bukan soal Zakir Naik. Ini soal keselamatan negara. LTTE te­lah membunuh umat Islam de­ngan kejam. Kebencian LTTE terhadap umat Islam dibuktikan dengan serangan bom di masjid-masjid.

Apa komen Datuk terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam isu Dr. Zakir Naik.

Ramasamy pernah membantah kerajaan untuk mengekstradisi anggota LTTE ke Sri Lanka apabila ditahan di sini (pada 2014). Tetapi dalam soal Zakir Naik, beliau menyuruh pendakwah itu diekstradisi pula ke India. Ini menunjukkan sikap beliau yang memberi layanan berbeza. Malah saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE.

Ramasamy iaitu individu yang dikaitkan dengan LTTE, telah menafikan pembabitannya. Apa komen Datuk?

Walaupun Ramasamy cuba menafikan pembabitannya, te­tapi bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan beliau adalah seorang aktivis LTTE. Ini termasuk gambar sembahan kepada senjata AK-47 (yang dikaitkan dengan ritual LTTE) dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis LTTE yang dihadirinya. Ramasamy juga pernah membela anggota LTTE yang ditahan di negara ini selain menjemput anggota LTTE sebagai tetamu dalam majlisnya. Banyak lagi kenya­taan beliau yang tidak boleh dinafikan mempunyai hubung kait dengan LTTE dan perkara ini mestilah disiasat oleh pihak polis kerana berbahaya. Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan ISIS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan. Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan (oleh pihak berkuasa) sedangkan pembabi­tannya (dengan LTTE) jauh le­bih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (Daesh).

Apa komen Datuk terhadap DAP yang sehingga hari ini masih membisu dalam isu ini?

Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara. Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap bahawa pemimpin DAP dapat meminta supaya polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE). Saya juga meminta semua rakyat negara ini tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik supaya menggesa agar satu tindakan tegas dan siasatan mesti dilakukan terhadap Ramasamy.

No comments:

Post a Comment