Sunday, January 7, 2018

TRANFORMASI PENGANGKUTAN KE LUAR BANDAR

Masih teringat dulu-dulu bersesak-sesak berebut nak naik bas mini, sampai terhimpit-himpit. walaupun dah penuh "drebar" bas dan konduktornya tetap suruh masuk , sudah macam sardin jadinya. 

Antara bas yang terkenal waktu itu antaranya bas mini, bas Srijaya, Foh Hup, Tong Fong, Len Seng, Selangor Bus, KL-Klang Bus dan SKS. Semuanya itu sudah menjadi kenangan terindah yang tinggal hanya kenangan. 

Bertitik tolak pada keluhan rakyat tentang pengangkutan awam yng tidak efisyen dan memenuhi tuntutan semasa, kerajaan Persekutuan telah mengambil beberapa langkah dan tindakan. Bermula 2010 kerajaan telah berusaha dan bekerja keras bagi memberikan keselesaan kepada rakyat dengan sistem pengangkutan berkelas dunia.

Walaupun dalam saat ketikanya ekonomi dunia dalam keadaan yang tidak stabil, kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengorak langkah memastikan tranformasi pengangkutan awam terus dilaksanakan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 

Jelas Perdana Menteri, peruntukan yang telah kerajaan sediakan untuk tranformasi pengangkutan awam darat tidak terjejas sedikit pun walau dalam apa jua keadaan ekonomi dunia. Hari ini kedudukan Malaysia berada di tangga ke 11 daripada 138 negara dalam Laporan World Economic Forum Global Competitive Index 2016-2017 sebagai sebuah negara pengangkutan awam daratnya berkelas dunia. 


Banyak yang telah kerajaan rancangkan antaranya tranformasi dan pengubahsuaian perkhidmatan pengangkutan awam sebagai satu dari fokus utama negara. Oleh itu banyak pengubahsuaian yang kerajaan lakukan dan penambahbaikan terhadap kemudahan bas, teksi dan keretapi moden. Semua pembinaan infrastruktur ini sebagai lambang permulaan perjalanan baharu kepada negara yang menjadi game changer dan penanda aras kepada semua perancangan pada masa hadapan.


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) iaitu perkhid­matan rel bandar yang dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Bhd. Perkhidmatan ETS pertama dari Kuala Lumpur ke Ipoh mula beroperasi pada 12 Ogos 2010 dan laluan berkenaan dipanjangkan dari Padang Besar ke Gemas pada 10 Oktober 2015 dengan jarak 755 kilometer serta mempunyai 44 stesen.

Selain itu, pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) dengan laluan pertama MRT, Sungai Buloh-Kajang (SBK) mempunyai jarak 51 kilometer (km) dengan 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah, juga menjimatkan jarak perjalanan dengan masa kira-kira 84 minit.



No comments:

Post a Comment