Monday, January 8, 2018

MCA, GERAKAN SATU MATLAMAT SATU PERJUANGAN




Peperangan kali ini MCA dan Gerakan akan bersama-sama berganding bahu memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. Tiada lagi istilah kerusi MCA atau kerusi Gerakan, yang ada hanya kerusi Barisan Nasional.Kedua-dua presiden parti berikrar akan membantu antara satu sama lain. Kali ini musuh mereka hanyalah DAP dan pakatannya.

Semangat perjuangan dan setiakawan MCA dan Gerakan dalam memastikan Barisan Nasional kali ini cukup membanggakan. Masing-masing sanggup mengenepikan kepentingan parti demi kemenangan Barisan Nasional. MCA dan Gerakan kali ini cukup yakin dapat membaiki prestasi pada PRU ke 14 nanti. Semangat berpasukan yang sebegini akan membantu kemenangan Barisan Nasional pada PRU 14 nanti. 

Rakyat sendiri boleh menilai betapa seriusnya kedua-dua parti tersebut dalam membantu rakyat selama ini. Menerusi Perhimpunan MCA-Gerakan Terguh bersama, jelas membuktikan kesungguhan kedua-dua parti ini mahu membuktikan sesuatu yang luar biasa. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kedua-dua parti telah menngambil iktibar dari kesilapan yang mereka lakukan pada dua pilihanraya umum lalu yang mana telah mengakibatkan MCA dan Gerakan kehilangan banyak kerusi kerana undi kaum Cina telah beralih arah. 

Namun kali ini MCA melihat ada aura positif pada undi komuniti kaum Cina, kerana mereka telah lihat dan merasai sendiri kebobrokan gila kuasa pemimpin DAP sedangkan MCA dan Gerakan terus bekerja membantu rakyat tanpa mengira masa dan keadaan. 

Bahkan ramai kaum Cina berharap kali ini mereka dapat menebus kesilapan mereka keran terpedaya dengan pembohongan DAP. 

Bagi Liow, dia amat positif MCA akan membuktikan sesuatu untuk Barisan Nasional pada PRU kali ini."Kami kerja bersungguh-sungguh, kami telah bergerak jauh ke hadapan berbanding pilihan raya  sebelum ini". 

Manakala Presiden Garakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan perkara yang sama dan memberi amaran kepada ahli-ahli partinya agar tidak melakukan sabotaj kepada calon MCA pada PRU ke 14 nanti. 

Sesiapa yang didapati melakukan perkara tersebut akan dikenakan tindakan disiplin. Beliau juga menjelaskan bahawa undi kepada MCA merupakan undi kepada Gerakan juga. Itulah ketetapan Gerakan. 

No comments:

Post a Comment