Sunday, January 14, 2018

MAGIK TERBARU DAP - SYARIKAT FESYEN TERLIBAT PROJEK TEROWONG DASAR LAUT



Memang pelik, ajaib dan luar biasa, belum pernah dibuat oleh orang dimana-mana seluruh dunia sebuah syarikat fesyen diberi projek untuk buat terowong. Tapi inilah yang berlaku di Pulau Pinang yang Ketua Menterinya sentiasa mengangkat diri konon dirinya bersih walaupun terlekat dengan pelbagai skandal penyelewengan dan rasuah. 

Bagaimana sebuah syarikat fesyen tempatan  yang bernama VOIR Holdings dijadikan pemegang saham SPV sebanyak 39 peratus dalam projek Terowong Dasar laut ini? Apa jenis magik atau lawak  yang Lim Guan Eng cuba buat ? 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan kenapa syarikat ini yang menjadi pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) yang digunakan dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang menyatakan bahawa dua syarikat pembinaan China akan menjadi pemegang saham dalam SPV. Namun hari ini, pemeriksaan kami menunjukkan dua syarikat pembinaan China tidak ada disenaraikan sebagai pemegang saham SPV. 

Ramai orang mengkritik projek mega yang bernilai RM6.3 bilion diberi kepada syarikat konsesi kenderaan kegunaan khas (SPV) satu syarikat yang disenaraikan dibawah modal. Jadi untuk menipu orang ramai kerajaan DAP Pulau Pinang  pada tahun 2013 telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan dua syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman luas dari China merupakan pemegang saham terbesar dengan modal berbayar RM4.6 bilion. 

Pada Ogos 2015, Guan Eng telah menghadiri majlis perasmian projek pembangunan hartanah oleh Zenith diatas tanah tersebut. Disusuli pula pada Januari 2016, Guan Eng ada bersama-sama dalam majlis jual-beli tanah tersebut kepada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Guan tak payah nak tipulah, ramai orang menyaksikan majlis gilang gemilang itu. 

Tetapi hari ini, hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua syarikat pembinaan China tidak ada sebagai pemegang saham SPV. Di tempat mereka adalah sebuah syarikat fesyen tempatan kecil yang dipanggil oleh VOIR Holdings.


Jelas sekali kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menipu rakyat dengan membuat drama bagi mengabui mata rakyat. Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kerana rakyat berhak mengetahui kisah di sebalik pemberian kontrak berbilion ringgit kepada syarikat yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat fesyen. 

Ia juga menjelaskan bahawa projek infrasstruktur yang kononnya diberikan melalui persaingan terbuka itu cuba satu fiksyen yang skripnya dijana oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. 


Press Statement by Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, MCA Deputy President cum Minister in the Prime Minister’s Department Malaysia 

13 January 2018 

Why is a fashion company building the Penang Tunnel? 

In early 2013, amidst allegations that the Special Purpose Vehicle company awarded the mega RM6.3 billion Penang Tunnel was heavily under-capitalized and lacked experience, the DAP Penang State Government issued a statement to reassure the public that two giant and experienced China construction companies will be shareholders of the SPV and is backed by RM4.6 billion in paid-up capital. 

But today, our checks show that the two China construction companies are nowhere to be seen as shareholders of the SPV. 

In their place is a small local fashion company called by VOIR Holdings while 39% of the shares of the SPV are held under nominees. 

Did the DAP Penang Government lie to the public and did a "bait and switch"? 

Does this very material change in ownership and experience means that the project award made under the Request for Proposal exercise (not open tender) is now null and void? 


The DAP Penang Government must answer as the Penang people have a right to know why their mega-billions undersea tunnel will now be built with the participation of a small local fashion company instead of two experienced and well-funded construction companies as originally promised.





No comments:

Post a Comment