Wednesday, January 10, 2018

HANYA PEROMPAK DAN PENYAMUN SAJA YANG TAKUT GST



Mereka ini orang terkenal, mereka kaya, duit berbilion-bilion. Ada syarikat perniagaan hebat dan besar. Mereka banyak mendapat projek dari kerajaan dan luar negara.
Bila tiba masa kerajaan minta cukai korporat daripada syarikat mereka, mereka menipu cukai dengan membuat pelbagai dokumen palsu.

Kononnya dalam akauan mereka menunjukkan aliran tunai dikeluarkan bagi menampung kos belian perniagaan yang mana sekaligus mengurangkan keuntungan perniagaan dengan mewujudkan syatikat palsu dan mengunakan nama sesetengah syarikat sebagai proksi.

Oleh itu keuntungan mereka berjaya dikurangkan dan cukai yang perlu dibayar juga dapat dikurangkan. Tektik penipuan ini juga melibatkan pemalsuan dokumen dan invois, perbelanjaan dan kontrak.

Penipu dan perompak ini mewujudkan dua akuan syarikat. Ia bertujuan memberi gambaran kepada LHDN bahawa syarikat tidak memperolehi keuntungan manakala satu akauan lagi menunjukkan keuntungan syarikat berlipat kali ganda untung......untuk apa ? Yaaa...mereka gunakan untuk urusan bank dan sebagainya. Bank nak bagi ke pinjam duit dekat syarikat yang rugi ?

Apabila kerajaan melaksanakan GST, perompak dan penipu ini semua melompat kepanasan. Mereka tidak boleh lagi menipu cukai seperti biasa. Setiap transaksi mereka diketahui oleh kerajaan. Urusan jual beli mereka diketahui jumlahnya bahkan keuntungan mereka pun tak boleh disembunyikan.

Wang rakyat yang mereka curi selama ini tidak lagi sewenang wenangnya mereka tipu. Segala transaksi jual beli pengguna jelas dalam resit. Akhirnya wang yang rakyat yang dicuri selama ini dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan dan peruntukan pembangunan negara.

Hari ini semua perompak-perompak tersebut tidak puashati dan mahu tumbangkan kerajaan yang membantu rakyat. Mereka hari ini dengan rela hati memilih boneka mereka yang dulunya tidak mahu melaksanakan cukai yang membela rakyat. Boneka ini mahu cukai lama yang membolehkan mereka mencuri wang rakyat sekali lagi.

ANDA MAHUKAH WANG ANDA DI CURI LAGI OLEH PEROMPAK DAN PENYAMUN TARBUS INI !!!?

No comments:

Post a Comment