Thursday, January 11, 2018

GUAN ENG MENGIGIL - SPRM AKAN TAHAN RAMAI LAGI INDIVIDU



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan menahan lebih ramai individu bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana disyaki terdapat keraguan dalam urusan pertukaran tanah melibatkan dua lot tanah yang dinilaikan melampaui harga pasaran.


Difahamkan, dua lot tanah berkenaan dinilaikan pada har­ga RM350 juta iaitu empat kali ganda daripada nilai sebenar


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes itu ketika ini masih di peringkat awal dan pa­sukan penyiasatnya juga dalam proses mengumpul bukti berhu­bung dakwaan penyelewengan ­ter­sebut.

“Empat individu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri telah dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini. Mereka dipanggil untuk mengesahkan beberapa perkara yang terdapat di dalam dokumen yang dirampas semalam.

“Kita juga ada datang semula ke beberapa pejabat yang diserbu semalam untuk mendapatkan do­kumen lain yang mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, pihaknya kini juga dalam proses meneliti kesemua dokumen yang dirampas bagi mendapatkan maklumat serta buk­ti untuk melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu beliau membe­ritahu, dua suspek bergelar Datuk yang direman selama enam hari masing-masing di Mahkamah Majistret di sini dan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini akan membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek ditahan ma­lam tadi selepas dikhuatiri terlibat dalam perbuatan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika proses tender projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2013 dan 2015.

“Kedua-duanya ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang dan Putrajaya,” katanya.

Di Putrajaya, Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh SPRM terhadap Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. berusia 59 tahun itu sehingga 15 Januari ini.

Lelaki itu yang diwakili peguam Hamidi Mohd. Noh, ditahan kira-kira pukul 8.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu di Pulau Pinang, perintah reman sehingga 15 Ja­nuari terhadap timbalan pe­ngerusi syarikat pembangunan hartanah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md. Eusoff.

Terdahulu, lelaki berusia 50 tahun itu tiba di bilik reman mahkamah tersebut dalam kea­daan bergari dan memakai pakai­an lokap SPRM berwarna jingga kira-kira pukul 11.40 pagi sebelum keluar 30 minit kemudian.

Semalam, SPRM menyerbu tujuh lokasi di negeri ini masing-ma­sing empat pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan tiga syarikat pemaju serta konsultan bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut bernilai lebih RM6 bilion itu.

Serbuan itu dilakukan susulan dua laporan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan di pejabat SPRM Putrajaya Julai tahun lalu dan 5 Januari lalu berhubung kemungkinan wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah dalam projek tersebut.

Menurut Cheng Guan, laporan itu ekoran pendedahan terbaharu yang mendakwa kerajaan negeri menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan.

Katanya, syarikat yang dianugerahkan projek terowong dasar laut itu didakwa memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan JKR.

Selain itu tambahnya, kebimbangan juga menjurus kepada kemampuan kewangan syarikat tersebut menyiapkan projek berkenaan yang kini tertangguh selama lebih tiga tahun tetapi sudah menerima bayaran fi daripada kerajaan negeri berjumlah RM220 juta.

No comments:

Post a Comment