Monday, December 18, 2017

LEPAS BACA BIBLE, JANGAN LUPA PULA BACA KITAB SPRM



Janganlah engkau cuba megalihkan perhatian rakyat terhadap isu rasuah dengan membuat drama swasta "membaca" petikan ayat dari kitab Bible. Jangan kata abang tak payung - dari dulu lagi SPRM sudah memberi ingatan agar menandatangani ikrar Selangor Bebas Rasuah, tapi malangnya kau tak nak - tolak permintaan itu.Hari ini engkau bagaikan cacing yang kepanasan walaupu duduk dalam jamban. 

Mana tidaknya , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat dan menyelongkar segala penyelewengan pentadbiranya berhubung dengan skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang.


Azmin apa lagi mulalah bersilat lidah menuduh SPRM ada agenda politik untuk menjatuhkannya dari kerusi Menteri Besar. Apakah Azmin ingat SPRM ini setaraf JJJK Kampung ? Kalau tidak ada bukti masakan SPRM akan bertindak. Pakai akal lah sikit. 

Azmin lupa ke yang dia yang bertanggungjawab meluluskan dan menyerahkan sendiri Borang 5A dalam isu Kampung Sungai Yu, namun hari ini  dia pula menuduh SPRM ikut telunjuk Tan Sri Noh Omar. Jika ada sesuatu yang meragukan sedah tentulah SPRM akan buat siasatan. Itu hak SPRM tiada siapa yang boleh menghalangnya. 

Azmin tidak perlu melatah atau lebih senang kita cakap takutlah, kenapa nak takut kalau tak buat salah, SPRM tak tangkap orang salah. Agensi penguatkuasa seperti SPRM bertindak secara profesional. Tidak ada mana-mana individu atau kuasa eksekutif yang boleh mengawal dan memberi arahan seperti tuduhan Azmin kepada SPRM.  

Katanya :

“Dalam kes ini, agensi pe­nguat kuasa terlibat perlu bertindak secara profesional tanpa dipe­ngaruhi oleh mana-mana tangan eksekutif. Ini bukan soal buka atau tutup kes tetapi tindakan perlu secara profesional dan jangan ikut arahan Noh Omar,” 

Sudahkah Azmin lupa pada 8 Disember lepas Jawatankuasa Pilihan Khas Me­ngenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)  me­ngakui wujud pelanggaran syarat dalam isu berkenaan dan telah men­cadangkan lima re­solusi kepada Mohamed Azmin untuk dilaksanakan antara­nya menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain perlu mengesahkan semula kelayakan para pemohon.

Pendedahan mengenai skandal tanah Sungai Yu dibuat Utusan Malaysia dan antara yang dilaporkan ialah bagaimana wujudnya 18 'individu' tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan ‘ketat’ Jawatankuasa Pe­milihan serta kerajaan negeri, sehingga diberi kelulusan untuk memiliki tanah.

Selain 18 ‘individu tersebut, turut didedahkan bagaimana 16 keluarga yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan DAP dan PKR membolot tanah dengan menggunakan nama sendiri, bapa, ibu, isteri, adik-beradik, ipar serta sepupu tetapi anehnya semua perbuatan tersebut gagal dikesan kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin.

Ekoran itu, SPRM membuka semula kertas siasatan dan serbuan sudah pun dilakukan ke atas bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Sementara itu, di Tanjong Karang, Noh menyelar Mohamed Azmin yang cuba memperbodohkan rakyat Selangor di sebalik skandal yang dilakukan sendiri kerajaan negeri selain sikap dwistandard Timbalan Pre­siden PKR tersebut apabila sesuatu perkara terkena atas batang hidung sendiri.

“Dia (Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor) yang buka dulu, dia yang mulakan. Hannah yang jolok sarang tebuan, yang beri­tahu ada penyelewengan, yang jelaskan proses pemilihan tidak betul, yang cadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan digantung. Dari situlah kita buat desakan (agar siasat), jangan bila kamu yang jolok sarang tebuan, kamu salahkan orang lain pula.

“Jangan bila kamu sudah dedahkan bahawa ada penyelewe­ngan, tapi tentang siasatan oleh pihak berkuasa, ini kes jenayah, bukan kes sivil yang ada had masa, takkan itu pun Azmin tak faham? Jangan bila kena batang hidung sendiri, kena pada kepe­mimpinan pembangkang, kena pada anak saudara tuduh SPRM macam-macam, pemimpin jenis apa ini,” soalnya.


No comments:

Post a Comment