Tuesday, August 8, 2017

DAP SUDAH GAGAL

Dengan segala kemelut persengketaan dalam Pakatan yang tak sudah-sudah membuat rakyat muak, bosan dan menyampah dengan Pakatan yang diterajui oleh DAP. Dengan kata lain DAP sebenarnya sebuah parti yang gagal.

Ketempangan politik Pakatan Harapan cuba disembunyikan oleh mereka dengan membuat beberapa babak lakonan kononnya mereka berada dalam keadaan stabil, sedang semua rakyat tahu mereka bergelut dalam menamakan calon Perdana Menteri bagi pakatan mereka.

Sedang mereka bergelut mencari idenititi gabungan baru mereka, MCA pula telah mengorak seribu langkah kehadapan dalam membantu rakyat. MCA hari ini lebih berani dan lebih fokus kepada rakyat.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA hari ini lebih teguh dan fokus terutama dalam membantu rakyat. Bagi Liow, MCA akan dapat melakukan yang terbaik untuk piliharaya akan datang bagi membantu Barisan Nasional.

Walaupun MCA telah kehilangan banyak kerusi pada PRU lepas, tapi dengan kerjasama dan persefahaman gerak kerja MCA kali ini memberi sinar baru buat pakatan. Kekecewaan pada PRU lepas memberi pengajaran berguna kepada MCA, sedangkan DAP pula angkuh dan sombong dengan sokongan yang mereka terima dahulu.
 
Kesombongan dan keangkuhan DAP ini dapat dilihat dari tindak tanduk mereka ketika mentadbir kerajaan di dua negeri iaitu Selangor dan Penang. Mereka langsung tidak menghirau suara rakyat miskin. 
 
Di Penang kampung-kampung mejoriti Melayu dan India di robohkan. Dibina pula rumah yang harganya tidak masuk akal untuk rakyat biasa untuk membelinya. Gerai-gerai dan perniagaan yang biasa menjadi tumpuan pelancong dirobohkan. Rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan, tiada tempat tinggal, punca pendapatan pula hilang. Begitulah kezaliman dan keangkuhan kerajaan dibawah pentadbiran DAP.
 
Sedangkan MCA atas semangat perpaduan Barisan Nasional terus membantu rakyat tanpa mengira latarbelakang kaum dan keturunan. MCA telah melakukan gerak kerja membantu rakyat di peringkat bawah lagi. Bagi Liow MCA tidak mahu banyak cerita kontroversi dan sensasi, tetapi MCA mahukan kerja yang berterusan membantu rakyat. 
 
Dalam hal ini MCA telah banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama kaum Cina. Masyarakat Cina sudah muak dan jelek dengan kontroversi yang di buat oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP atau lebih tepat Dinasti Lim. 
 
DAP sebenarnya telah gagal, hipokrit, pembohong,  menyusahkan rakyat dan agen kepada perpecahan kaum di Malaysia. 
 
Hutang kerajaan Pulau Pinang sahaja kalau tidak kerajaan Persekutuan membuat penstrukturan semula, sudah tentu ianya mencecah 3 kali ganda daripada hutang sekarang. DAP mendabik dada kononnya Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri berkenaan sehingga 95 peratus hasil kecekapan, bertanggungjawab, telus (CAT). Sedangkan Hakikat sebenar adalah 95 peratus pengurangan hutang Kerajaan Pulau Pinang direalisasikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui penstrukturan perjanjian air pada 2011.
 
Itu pun kerana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengubah hutang sedia ada sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun, bagi tempoh 45 tahun. DAP tak payah sembanglah kononnya berjaya mengurangkan hutang, berlaku jujurlah...beritahulah kepada rakyat cerita yang sebenar. Kalau berani mintalah pembatalan perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan Persekutuan. 
 
Jangan haraplah, pemimpin DAP sememang lahir dari jenis yang tak tahu malu dan tak sedar diri. Bantuan dana kerajaan Pesekutuan bagi tidak pernah diwar-warkan. Sebaliknya mereka terus membohongi rakyat kononnya kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu mereka.
 
Inilah perangai DAP yang sebenar. Pembohong.