Thursday, May 4, 2017

DAP TIDAK BERJAYA PERDAYAKAN PAS




Pemusuhan UMNO dengan DAP sudah sekian lama, dari awal kewujudan DAP hinggalah hari ini. DAP adalah musuh kepada UMNO dan juga orang Melayu. Ini kerana DAP mempunyai sentuhan PAP yang lebih kurang sama pendekatannya yang membawa agenda sosialis dan cauvinis yang cukup dibenci oleh orang Melayu. 

Sebab itulah apabila dahulu PAS dengan beraninya bersahabat dan menjalinkan ikatan tahalus siasi dengan DAP, UMNO melihat ianya tidak akan kekal lama, ternyata ramalan ini benar belaka.




Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) sudah menjangkakan perkara ini berlaku. Ini kerana jiwa PAS dengan semangat DAP tidak akan boleh bersatu walaupun DAP menunjuk-nunjuk kononnya mereka sukakan Islam dan mengambil contoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model pemerintahan DAP di Pulau Pinang.

TSAM yakin semua ini hanyalah helah DAP untuk meraih sokongan orang Islam, maka digula-gulanya pengikut PAS dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sebagainya.

Hari ini apabila PAS berkompromi dengan UMNO dalam usaha memartabatkan mahkamah syariah dan syiar Islam dengan cuba membuat beberapa pindaan dalam RUU 355 maka berkokoklah DAP dan pengikut-pengikutnya bahawa PAS dan UMNO hendak melaksanakan hudud. 



Kenyataan pemimpin DAP bahawa PAS sudah sesat dalam pejuangan jelas mengambarkan betapa mereka kecewa kerana gagal memerangkap PAS agar akur dengan jalan perjuangan mereka.



“KALAU NAK TUDUH PAS SESAT, SAYA FIKIR DAP PATUT CERMIN DIRI DULU. ITU KATA-KATA ORANG YANG KECEWA KERANA DIA MAHUKAN PAS, TETAPI PAS MENOLAK DIA"

Tidak seperti  PAS, UMNO jelas menolak DAP secara total, dulu, kini dan insya Allah selama-lamanya selagi mereka terus mendokong dasar sosialis dan cauvinisme perkauman. Permusuhan UMNO dengan PAP pimpinan Lee Kuan Yew diteruskan secara tradisi kepada DAP.

Yang peliknya apabila Lim Guan Eng menyatakan bahawa tindakan PAS "sesat" dalam politik apabila mengistihar DAP sebagai musuh utamanya ianya akan menguntungkan Barisan Nasinal. Apakah selama ini DAP melihat UMNO / Barisan Nasional memerlukan PAS untuk menang dan memerintah negara ? Sebenarnya ia lebih kepada merugikan DAP, itulah yang sebenarnya. 
 

Menurut TSAM, DAP kecewa kerana agendanya mahu memerangkap keseluruhan 'badan' Pas gagal, sebaliknya hanya memperoleh 'ibu kaki' yang kemudiannya menjadi PAN.



PAN serpihan PAS yang seperti tidak ada nilainya langsung, pemimpinnya hanya memuji dna memuja pemimpin DAP. Tidak ada satu parti yang berbangsa Melayu yang lebih memalukan bangsa melainkan PAN.

Oleh itu sewajarnya ucapan tahniah diberikan kepada Pas kerana telah memotong ibu kaki itu bagi menyelamatkan 'betis' dan ‘paha' mereka. Saya yakin tindakan itu tepat kerana Pas lebih sihat sekarang, Tan Sri Annuar Musa.