Monday, May 1, 2017

DAP PEROSAK KEPADA KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA


Tindakan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan menjadi 'pak hasut' dan menanam kebencian kepada kerajaan berbahaya kepada keharmonian antara kaum Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berucap di Program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab Liow Berkata dibimbangi rakyat negara ini yang kini hidup dalam keadaan harmoni suatu masa nanti menjadi porak-peranda jika berterusan dihasut.

Katanya Malaysia telah dijadikan suri teladan oleh negara luar melalui semangat Barisan Nasional dimana semua Ahli kompenan parti bersepakat dan mempunyai semangat kerjasama dan konsensus ketika membuat keputusan dan dasar Kerajaan.

Dan itulah formula kejayaan  yang digunakan sepanjang kita merdeka selama 60 tahun ujarnya.

Menyentuh mengenai Slogan Ubah yang digunakan oleh Pembangkang dan kemudiannya ditukar ke Selamatkan Malaysia ianya seumpama cakap yang tidak serupa bikin kata Liow

Jika mereka ingin Selamatkan Malaysia mereka seharusnya bercakap benda yang baik dan mempertahankan Negara dan bukannya memburukkan serta menjatuhkan maruah negara ujarnya.