Tuesday, April 18, 2017

SPAD KONSISTEN BENTERAS ULAT TIKET



Masalah ulat tiket tidak pernah selesai walaupun pelbagai usaha dan langkah yang pencegahan dan kuatkuasa dilaksanakan. Walaupun begitu "perang" terhadap kegiatan mereka tidak pernah berhenti. Kegiatan mereka bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi juga memberi imej buruk kepada negara.

Pelbagai taktik yang mereka gunakan untuk menipu orang ramai. Mereka bukan sahaja menjual tiket lebih dari harga yang sepatutnya bahkan menjual tiket yang tidak wujud. Kegiatan mereka juga menimbulkan salah faham rakyat terhadap penguat kuasaan yang telah dilaksanakan. 


Baru-baru ini SPAD berjaya menahan 3 lelaki yang menjadi ulat tiket dan ulat sapu di Johor dengan menawarkan  tiket dan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa kuasa yang sah. Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. Mereka bertiga telah di dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. 

Orang ramai sewajarnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kegiatan ini dari terus berleluasa. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kegiatan penipuan ‘ulat tiket’ terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Dalam pada itu SPAD juga akan terus meningkatkan pemantauan dan mengambil beberapa tindakan tegas bagi membanteras kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. 




No comments:

Post a Comment