Monday, April 17, 2017

NASIB NELAYAN KITA BELA - 1040 TERIMA ELAUN SARA HIDUP



Seramai 1,040 nelayan dari Dungun dan Marang hari ini menerima elaun sara hidup membabitkan peruntukan hampir RM3.627 juta yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan MALAYSIA (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, penyaluran bantuan itu disampaikan menerusi
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Alauddin Ali.

"Kebanyakan mereka adalah nelayan pantai dan pemberian yang diteruskan sehingga kini atas keprihatinan kerajaan ternyata membantu melegakan kehidupan mereka"

" Mereka menghargai bantuan ini, apatah sepanjang musim tengkujuh menjejaskan pendapatan mereka kerana tidak dapat turun ke laut. Elaun ini dapat menampung keperluan harian laut," katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup sempena Majlis Pelancaran Jom Bantu Rakyat di Kampun Santong di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment