Tuesday, April 25, 2017

MCA TAIPING MOHON MAAF DAN SEGERA BETULKAN KESILAPAN



Kesilapan ejaan "PERTABALAN" yang tidak disengajakan yang berlaku pada MCA Taiping yang tertulis "PERBATALAN" telah disedari dan diperbetulkan dengan segera oleh pihak MCA Taiping. Justeru itu pihak MCA Taiping dengan segera telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan insiden ini. 

Admin menyertakan disini permohonan maaf MCA  Taiping seperti dibawah; 

Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.
 
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada 
Cik Ang Sui Eng, 
Pengerusi MCA Bahagian Taiping

Kita menyedari kesilapan sebegini boleh berlaku dimana-mana dan oleh sesiapa sahaja, namun tindakan pantas MCA Taiping membetulkan kesilapan ini dan meminta maaf merupakan satu sikap yang terpuji. Menyedari kesilapan berlaku, mereka dengan pantas membetulkan semula. 

Semoga tidak ada pihak mengambil kesempatan membesar-besarkan perkara ini memandangkan permohonan maaf telah pun dibuat. Apatah lagi pihak yang berkenaan menyedari dan membetulkannnya dengan segara. 

Dalam pada itu kita melihat rakyat Malaysia sangat positif dan memahami ianya hanyalah kesilapan yang tidak disengajakan. Siapa yang tengok pun boleh faham, ianya hanya kesilapan ejaan sahaja. 

Apa yang bagusnya, kepantasan pihak MCA Bahagian Taiping menyedari perkara ini dan membetulkannya dengan segera serta mencetak semula banner yang dengan perkataan yang betul. Ini jelas menunjukkan keikhlasan MCA Taiping menerima teguran, meminta maaf dan membetulkan kesilapan ini dengan segera. 

Begitulah sikap peka MCA Bahagian Taiping yang begitu menghormati dan memahami sentiviti rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Dalam pada masa yang sama MCA mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang begitu prihatin dan berharap kesilapan yang tidak disengajakan ini tidak akan berulang.