Sunday, March 19, 2017

PAN SUKA TAK NIK ABDUH KALAH ?





Kekalahan Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan merebut jawatan Tibalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sesi 2017/2019 adalah perkara yang tidak perludi gembar gemburkan sangat. Ini kerana perwakilan yang mengundi kali ini memang sebulat suara mahu mengekalkan saf kepimpinan sedia ada bagi  berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekadar mendapat 37 undi manakala Izani memperoleh 209 undi.

Namun penulis terfikir mungkin juga kekalahan ini ada kaitan dengan hasutan  PAN yang begitu memusuhi anak Arwahyarham Nik Abdul Aziz. 

Apatah lagi baru-baru ini kenyataan Salehuddin AYub yang menyatakan PAS bakal berpecah lagi. Mungkin ini salah satu usaha mereka yang berterusan menyerang pemimpin PAS yang Pro Tuan Guru Hadi Awang.  

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar terus diberi kepercayaan menjadi Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi akan datang setelah menang tanpa bertanding.

Dalam pada itu Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan, Nik Baharom Nik Abdullah, semua barisan kepimpinan sedia ada bagi setiap sayap kekal dengan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Nik Abduh yang buat pertama kali bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sesi 2017/2019 tewas kepada penyandang, iaitu Dr. Izani Husin dalam pemilihan.