Wednesday, March 8, 2017

TINDAKAN TERKUTUK !




Menahan rakyat Malaysia sebagai tebusan merupakan tindak terkutuk, pengecut yang dilakukan oleh Korea Utara. 

Tidak ada kena mengena langsung rakyat Malaysia dalam konflik pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un. Tidak perlu rasanya mengheret rakyat yang tidak bersalah dalam hal ini. 

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan mensyuarat tergempar MKN semalam,  me­ngutuk keras tindakan nega­ra itu menyatakan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang langkah perlu bagi memastikan keselamatan nyawa rakyatnya.

Mereka tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenang dan sesuka hati yang bertentangan prinsip undang-undang antarabangsa dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai orang tebusan, ia tidak boleh diterima sama sekali oleh Malaysia dan juga dunia,

Perdana Menteri juga menyifatkan provokasi yang di tunjukkan oleh Pyonyang memburukkan lagi keadaan hubungan yang sedia tegang.  Walaupun Korea Utara tidaklah mempunyai sebarang kepentingan, namun Malaysia mengamalkan sikap yang sentiasa berbaik dengan semua negara. 

“Saya menyeru kepemimpinan Korea Utara segera membenarkan rakyat Malaysia me­ninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk,” kata Perdana Menteri. 

Semalam, 11 rakyat Malaysia termasuk Pegawai Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd. Nor Azrin Md. Zain dan isteri, Iza Karmila Ramli bersama-sama tiga anak mereka ditahan di lapangan Pyongyang dan diarahkan pulang ke pejabat kedutaan.

Tindakan menahan rakyat asing yang tidak melakukan sebarang jenayah atau kesalahan seperti yang dilakukan Korea Utara adalah jelas bertentangan undang-undang antarabangsa.






No comments:

Post a Comment