Wednesday, March 8, 2017

SELAMA MANA SUSPEK NAK BERSEMBUNYI DI KEDUTAAN ?




Polis tidak akan menyerbu Kedutaan Korea Utara di ibu negara walaupun maklumat risikan tidak menolak kemungkinan tiga suspek pembunuhan abang pemimpin utama negara itu, Kim Jong Nam 'berlindung' di situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya ketiga-tiga suspek termasuk kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo berada di situ.

Katanya, sekiranya mereka masih berdegil dan enggan tampil membantu siasatan, polis akan mengeluarkan waran mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan.


“Berapa lama mereka akan bersembunyi di situ, waran akan dikeluarkan dan pegawai polis akan segera membuat tangkapan sekiranya individu-individu yang dikehendaki keluar dari bangunan itu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment