Wednesday, March 8, 2017

MALAYSIA BUKA PINTU PERBINCANGAN




Kementerian Luar akan mengadakan perbincangan dengan delegasi Kerajaan Korea Utara di sini mengenai nasib rakyat Malaysia yang dihalang pulang dari negara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia bersedia membuka pintu perbincangan dengan Korea Utara bagi menyelesaikan isu diplomatik melibatkan kedua-dua.

“Delegasi dari Korea Utara masih berada di sini, ada yang masih belum pulang ke Pyongyang dan Wisma Putra akan berbincang dengan mereka untuk selesaikan masalah ini.


“Perkara utama yang akan diambil kira kerajaan ialah keselamatan rakyat kita di Pyongyang dan begitu juga dengan Korea Utara yang bimbang dengan keselamatan rakyat mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment