Seperti yang telah diduga, Korea Utara tidak akan berdiam diri dan kini mula membalas "serangannya" kepada Malaysia apabila mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu sebagai 'pesona non grata'. Mohamad Nizan Mohamad diarah meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula jam 10 pagi waktu tempatan.
Tindak balas Korea Utara itu telah dilaporkan oleh agensi berita tempatan KCNA. Arahan dikeluarkna sejurus Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia jam 3.55 petang waktu Malaysia.
Apa yang melucukan ialah, Duta Malaysia ke Korea Utara sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau telah berada di Malaysia sebelum perintah itu lagi.
Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar Malaysia, Raja Nushirwan Zainal Abidin. Beliau berkata, tindakan Korea Utara itu sudah dijangka dan tidak mengejutkan.
Kang Chol diarahkan meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas Malaysia mengambil tindakan tegas dengan mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ (orang yang tidak dihargai) dan mengarahkan pegawai berkenaan meninggalkan negara itu.
Keputusan itu diumumkan menerusi satu Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Besar Korea Utara selepas Kang Chol dan pegawai kanan dari kedutaan itu tidak hadir untuk bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin di Wisma Putra di Putrajaya, Malaysia.
Apa pun tindak Korea Utara, siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari tetap akan diteruskan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
No comments:
Post a Comment