Saturday, March 4, 2017

PASUKAN KHAS BAIKI SISTEM TIKET ONLINE






Setelah mendapat teguran daripada Perdana Menteri berkenaan komen dan maklumbalas orang ramai terhadap ketidakpuasan hati pengguna terhadap perkhidmatan sistem pembelian tiket atas talian. 

Satu pasukan Khas telah ditubuhkan  oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membincang dan merangka pelan untuk memperbaiki Perkhidmatan Tren Elektrik  (ETS).

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ETS sering menghadapi masalah berkenaan pembelian tiket melalui online. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sebelum ini telah mengetengahkan permasalahan ini kepada KTMB bagi menyelesaikan masalah ini. Perkara ini telah dijelaskan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengetengahkan perkara ini dan akan bertindak secepat mungkin bagi mengatasi masalah ini. 


KTMB perlu mencari jalan penyelesaian segera isu mutu perkhidmatan pengangkutan awam itu yang dibangkitkan pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam laman facebooknya menyatakan menerima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTMB.

“Salah satunya mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket atas talian yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan ada kalanya tidak boleh diakses.

Perdana Menteri menegaskan perkara bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini.Beliau mahu KTM, cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memantau dengan teliti dan melaporkan kepadanya secepat mungkin.

Oleh itu pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan SPAD dengan kadar segera  sebagaimana seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri.

KTM mengesan tiga perkara yang menyusahkan pengguna ketika ini iaitu;
1- Transaksi tidak berjaya tetapi dikenakan caj.
2- Mesin mengambil masa yang lama untuk memulangkan wang setelah selesai transaksi yang tidak berjaya.
3- Dan kesukaran mengakses ke sistem online KTMB yang tidak mesra pelanggan. 

Oleh itu KTMB telah mengambil beberapa langkah perlu bagi mengatasi masalah ini kerana pembelian tikiet melalui onlie telah mencapai peningkatan 90 peratus sejak 2016. 

Pemuda Selempang Merah berharap KTMB berjaya menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, dan harap janganlah sampai Perdana Menteri sendiri mengeluarkan arahan. Biarlah masalah ini menjadi yang terakhir yang di "hightlight" oleh Perdana Menteri. 

SELAMAT MAJU JAYA KTMB



No comments:

Post a Comment