Sunday, March 19, 2017

DEBAT ON, CUKUP SAYA SEORANG !



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mengarahkan UMNO Bahagian Padang Rengas untuk bekerjasama dengan pihak penganjur bagi mendapatkan permit polis pada hari ini bagi memastikan program perdebatannya dengan Tun Mahathir Mohamad berjalan lancar pada 25 Mac ini.


Beliau berkata, program tersebut merupakan satu bentuk wacana dan bukanlah suatu demonstrasi, justeru tiada kaitan dengan Akta Perhimpunan Haram 2012 yang tidak membenarkan sebarang penggunaan sekolah.

"Saya juga meminta supaya penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak perlu hadir kerana mereka tahu apa yang akan saya perkatakan.


"Cukuplah dengan kehadiran pengundi di kawasan saya serta pihak pembangkang dari seluruh negara. Saya akan menjawab apa sahaja soalan kerana kerajaan tidak pernah menipu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri lawatan ke tapak prasejarah Perang Dunia Kedua 'Battle of Kampar' di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment