Wednesday, March 8, 2017

SPRM PERTINGKAT PERANGI PENYELEWENGAN, RASUAH

SEORANG LELAKI YANG DIDAKWA MENYELEWENG DAN RASUAH


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mempertingkatkan usaha memerangi gejala penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.


Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, usaha itu juga memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak khususnya para penjawat awam.

“Kita akan membawa mereka yang terlibat dalam penyeleweng­an, rasuah dan salah guna kuasa ke muka peng­adilan,” kata­nya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.



Beliau menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat semalam.

Seri Paduka men­zahirkan rasa dukacita kerana kegiatan penyelewengan, ketirisan, rasuah dan pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan masih berlaku di negara ini.

Dzulkifli berkata, SPRM turut berazam untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab memerangi ra­suah dengan lebih komited dan efisien.

“Sebagai satu-satunya suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment