Bukan main marah lagi mereka yang tak dapat BR1M baru baru ini. Sehinggakan bermacam-macam caci maki kepada LHDN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampai ada orang UMNO/BN mengugut akan keluar parti dan tidak mengundi BN pada pilihanraya akan datang.
Namun, pendedahan Menteri Kewangan II, Datuk Datuk Johari Abdul Ghani amat mengejutkan. Di kalangan mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini mempunyai pendapatan sehingga RM10k ke atas sebulan. Bukan seorang dua, berbelas ribu orang. Bahkan yang mempunyai pendapatan RM12k pun meminta wang BR1M.
Data yang bakal di tunjukkan menunjukkan betapa manusia ini rakus mengambil harta yang tak layak mereka ambil - pendek kata, duit haram.
Mereka berpendapatan/gaji lebih dari RM5000 yang apply BR1M lebih dari 260 ribu orang. Yang berpendapatan/ gaji RM6000 ke RM8000 yang apply BR1M lebih kurang dekat 40ribu ke 50 ribu orang. Pendapatan/Gaji RM10k dan keatas yang apply BR1M pun berbelas ribu orang.
Bayangkan berapa banyak duit rakyat telah "dicuri" oleh golongan yang tak layak langsung terima. Mereka sedar tak mereka ambil duit secara salah ? Inilah sikap manusia. Tak pernah cukup apa yang ada.
Namun kerajaan tetap bertolak ansur dengan mereka dan mereka semua ini akan tetap mendapat wang yang tak layak mereka terima. Bersyukurlah kerana kerajaan masih ada sikap timbang rasa yang keterlaluan. Nasib baik kerajaan baik hati juga, kalau tak duit jadi duit haram.
Yang tak layak tu sedar diri sedikit !
BACA APA KATA MENTERI KEWANGAN II
Seramai 705,562 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lalu yang gagal menerima bantuan tersebut tahun ini, akan menerima bayaran BR1M secara berperingkat pada minggu depan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengemukakan dokumen seperti penyata gaji, penyata bank atau penyata akaun simpanan sebelum pembayaran kedua dilakukan pada Jun ini.
Beliau berkata, kegagalan pemohon BR1M mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh tiga bulan boleh menyebabkan pembayaran kedua bantuan itu pada Jun ini tergantung.
“Kita mahu tegaskan bukan pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mereka tak dapat (BR1M), cuma kita mahu memastikan penerima BR1M mengemukakan dokumen lengkap bagi membuktikan mereka berpendapatan RM4,000 ke bawah.
“Jadi, kerajaan akan bagi dahulu BR1M kepada semua penerima pada tahun lalu bermula minggu depan, tetapi dalam tempoh tiga bulan mereka perlu sertakan maklumat sokongan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Johari berkata, untuk permohonan baharu yang tidak pernah menerima BR1M sebelum ini, mereka perlu memenuhi syarat serta menyertakan dokumen yang lengkap.
Beliau berkata, kerajaan akan melakukan semakan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Akauntan Negara bagi memastikan pembayaran BR1M dilakukan secara adil kepada isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
No comments:
Post a Comment