Sunday, March 26, 2017

HADIAH UNTUK RAKYAT DI AYER HITAM


Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bersama Menteri Besar Johor, YAB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin turun padang melawat kawasan parlimen Ayer Hitam, Johor.

Bermula dari awal jam 8 pagi, YAB Menteri Besar bersama Datuk Seri Wee telah diberi sambutan meriah oleh rakyat dari pelbagai kaum di Ayer Hitam. 

Dalam lawatan kerja ini, YAB Menteri Besar telah sudi merasmikan dewan serbaguna SJK (C) Yong Peng 2. Dewan ini dibina dengan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM350 ribu.

YAB Menteri Besar juga turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM150 ribu disalurkan kepada SJK (C) dalam kawasan Ayer Hitam. Jelas sekali kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap pendidikan semua kaum. 

Dalam kesempatan itu juga, YAB Menteri Besar bersama Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong turut melawat kampung Parit Awang, Ayer Hitam membawa berita gembira kepada penduduk sana iaitu pengumuman peruntukan RM2.6 juta untuk pembinaan Masjid Ar Rahman di kampung tersebut. 


Selepas itu rombongan YAB Menteri Besar telah mengunjungi Kompleks Bazar Niaga Bandar Baru dan gerai-gerai lama Jalan Johor. YAB Menteri Besar dan Datuk Wee sempat beramah mesra dengan pemilik-pemilik gerai. Menteri Besar juga turut menandatangani plak pengisytiharan Kompleks Bazar Niaga di Bandar Baru Ayer Hitam.

Bagi penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung,jalan negeri dan PBT,  YAB Menteri Besar telah mengumumkan Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM21.833 juta.

YAB Menteri Besar juga turut mengumumkan kelulusan pembinaan rumah mampu milik dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng, Ayer Hitam. Projek rumah mampu milik ini  membolehkan lebih ramai rakyat Ayer Hitam dapat memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang lebih rendah. Projek ini akan dilaksanakan di atas tanah seluas 33 ekar dan merangkumi Pakej A bernilai RM42,000 seunit dan Pakej B (RM80,000). 

Sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan kerana tidak meminggirkan pembangunan di kawasan parlimen Ayer Hitam. 




Selain itu YAB Menteri Besar juga telah membawa beberapa berita baik kepada seluruh warga Ayer Hitam hari ini. Parlimen Ayer Hitam akan menerima peruntukan berjumlah RM43 juta daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek-projek baharu dan yang sedang berjalan.

Selain untuk membantu menyelesaikan masalah setempat, peruntukan tersebut juga adalah bagi memenuhi kehendak serta keperluan masyarakat di situ.

Berikut adalah pecahan peruntukan yang telah diumumkan oleh MB: 

1. Pemberian Hak Milik Tanah kepada 15 orang penduduk di Kg. Sawah Sagil.


2. Pembinaan Rumah Mampu Milik:

– Rumah Rakyat Yong Peng di atas Tanah Rizab seluas 33 ekar
– Pengambilan Balik Tanah di Parit Sumarto seluas 5 ekar

3. Pembinaan sebuah lagi Sekolah Agama Fasa 6 di Kg. Parit Tengah, Mukim 7.


4. Pembinaan Projek Pam Penggalak di Kg Sg Beliat (RM3.7 juta)


5. Pembinaan Masjid:

– Masjid Ar Rahman, Kg. Parit Awang (RM2.6 juta)
– Masjid Kg Parit Haji Ali (RM2.5 juta)

6. Sistem Perparitan di Parlimen Ayer Hitam:

– Bina baharu dan naik taraf jalan-jalan ladang (RM1.844 juta)
– Selenggara dan naik taraf Jambatan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Pagar (RM1.480 juta)
– Mengganti dan selenggara lintasan konkrit rumah-rumah yang telah usang (RM1.850 juta)
– Selenggara dan mendalamkan parit pertanian sedia ada (RM2.568 juta)

7. Selenggara dan naik taraf jalan kampung, jalan negeri dan PBT (RM21.833 juta)


8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM150,000)

– Pembinaan Dewan Terbuka di SJKC Yong Peng 1
– Baik pulih pagar SJKC Kangkar Baharu
– Baik pulih pagar SJKC Lam Lee
– Baik pulih siling SJKC Malayan
– Bina pejalan kaki berbumbung Sekolah Tinggi Yong Peng

9. Naik taraf padang sekolah SMK Suria Perdana, Parit Semarang (RM200,000)


10. Pemasangan 329 batang lampu jalan.


11. Baik pulih Dewan Putra Ayer Hitam (RM200,000)



12. Pembinaan Dewan Muafakat di Bandar Baru Ayer Hitam (RM4.1 juta)


TERIMA KASIH KERJAAN BARISAN NASIONAL !





No comments:

Post a Comment