Saturday, March 25, 2017

LIMA'17 TAMPILKAN SEKTOR KOMERSIAL BERBANDING KETENTERAAN



LIMA ‘17 telah membawa perspektif baru yang menarik bagi pertumbuhan maritim dan aeroangkasa terutamanya di rantau ASEAN ini.

Ini menarik minat kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain dan Rusia untuk menyertai LIMA kali ini. Bahkan terdapat 10 negara baru turut menyertai LIMA'17 kali ini antaranya Austria, Belanda, Poland dan Ukraine.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pempamer yang terlibat hadir daripada sektor komersial juga meningkat naik dengan jumlah tertinggi berbanding penganjuran sebelum iaitu le­bih dari 45 peratus.

Bagi meningkatkan promosi sektor penerbangan awam dan maritim, kementerian akan memberi lebih penekanan kepada sektor komersial pada tahun ini. Daripada keseluruhan 555 pempamer, 240 merupakan mereka yang terlibat dalam industri komersial, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Pameran yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Mac akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Para delegasi sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk mengukuhkan rangkaian mereka dalam sektor ini kerana LIMA'17 telah menarik minat mereka terutama bagi pertumbuhan maritim dan aeroangkasa di rantau ini. 


Liow menjelaskan, pihak kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menganjurkan edisi kedua Sidang Kemuncak Penerbangan Awam ASEAN bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Rabu ini. 

“Bertemakan Kelestarian Pe­nerbangan Awam Hijau Global, sidang kemuncak ini bakal dihadiri oleh menteri-menteri pengangkutan ASEAN selain kumpulan utama pemegang berkepentingan kerajaan, pe­ngawal selia industri, syarikat penerbangan dan lapangan terbang, pengeluar pesawat serta pembekal perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO).

“Sidang ini diadakan susulan daripada kejayaan sidang pertama pada LIMA ‘15. Selain itu Forum Ketua Agensi Ke­selamatan Maritim Asia Pasifik kendalian Jabatan Laut Malaysia akan turut diadakan pada 20 hingga 23 Mac sekali gus memberi penekanan terhadap kelestarian alam sekitar bagi sektor maritim,” katanya.