Saturday, March 18, 2017

SURAT YANG MENYETUH HATI PERDANA MENTERI

Datuk Seri Najib Tun Razak terharu apabila menerima penghargaan daripada penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion di sini atas usahanya membangunkan semula kawasan tersebut sebagai 1Razak Mansion.



Ucapan terima kasih itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi dan Bendahari Kehormat Rukun Tetangga Razak Mansion, Goh Yok Huat menerusi surat tulisan tangan kepada Perdana Menteri.

“Tersentuh hati menerima mesej yang ditulis Yok Huat. Projek seperti 1Razak Mansion inilah yang mendorong saya hari ke hari. Saya rasa bersemangat dan bertekad,” katanya melalui akaun Twitter beliau malam ini.


Kelmarin, Najib menyempurnakan majlis penyerahan kunci kepada sebanyak 658 penduduk 1Razak Mansion.

Sementara itu, merujuk kepada gambar surat yang dikongsi Perdana Menteri melalui akaun Twitter beliau, Yok Huat berkata, Najib berkongsi keprihatinan yang sama dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika melaksanakan projek Perumahan Awam Razak Mansion 50 tahun lalu.

“Hari ini, anak Allahyarham sekali lagi mencadang, merancang, membina dan merasmikan projek perumahan 1Razak Mansion. Sekali lagi memberi banyak bantuan, kemudahan, faedah dan pertolongan kepada semua penduduk.

“Saya bagi pihak semua penduduk 1Razak Mansion mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia,” katanya. - UTUSAN ONLI



No comments:

Post a Comment