Sunday, March 12, 2017

DAP CUBA SEKAT PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT MISKIN



Kejayaan kerajaan merealisasikan impian penduduk Flat kampung Kerinci dengan terbinanya Residensi Kerinci menimbulkan kebimbangan kepada DAP sokongan rakyat kembali kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah apa sahaja pembangunan yang kerajaan unutk rakyat miskin buat perlu dihalang dan rakyat perlu dibiarkan miskin agar dapat terus dihasut agar membenci kerajaan.

Namun rakyat yang sudah membuka mata melihat keikhlasan kerajaan membantu meningkatkan taraf hidup mereka bagaikan menunggu-nunggu kehadiran pembangunan yang kerajaan janjikan.

Projek Rumah Wilayah Persekutuan yang akan dibangunkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang bakal dilaksanakan akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk di Siputeh, dan ini akan menenggelamkan nama Taresa Kok di sana.

Ahli Parlimen DAP yang makan gaji buta ini terpaksa membuat provokasi agar namanya tidak tenggelam seperti Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Berbeza dengan pendekatan mesra yang dibawa oleh MCA dengan idea perubahan dan pembangunan kepada rakyat. Kaedah mesra yang digunakan oleh MCA lebih mudah diterima rakyat semua kaum. 

Kepimpinan MCA dibawah Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong telah menunjukkan kematangan politik di era baru ini. Inilah yang sangat dibimbangi oleh pemimpin DAP. Rata pemimpin DAP memang suka bersikap rasis dan biadap. 

Sebab itulah DAP tidak habis-habis dengan pendekatan rasis  cuba menarik seramai mungkin kaum Cina bersama mereka. Ini sajalah cara yang mereka gunakan bagi memastikan sokongan kaum Cina terhadap mereka kekal. 

Namun selama mana keburukan dapat disembunyikan, ternyata keputusan di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan kaum Cina telah mula sedar bahawa hanya Barisan Nasional lah yang mampu memgekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. 

Ternyata sikap buruk DAP telah memakan diri mereka, justeru itu mereka memerlukan sokongan orang Melayu seperti PKR , PPBM dan PAN. 














No comments:

Post a Comment