Wednesday, June 15, 2016

JET PEJUANG VIETNAM HILANG



HANOI 15 Jun

Sebuah jet pejuang Vietnam buatan Rusia dilaporkan hilang daripada radar semasa penerbangan latihan di sepanjang pantai Laut China Selatan negara ini, menurut seorang pegawai tentera.

Jet pejuang Sukhoi SU-30 MK2 terbang sejauh 30 hingga 40 kilometer di kawasan pantai wilayah Nghe An berdekatan Pulau Hainan ketika dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Angkatan Tentera, Leftenan Besar Kanan Vo Van Tuan berkata, kesemua model jet pejuang yang hendak menjalani latihan penerbangan akan diberhentikan sementara waktu.

“Kami masih mencari kesan jet tersebut,” katanya kepada Reuters.