Pelajar Kejuruteraan Elektrik Komunikasi UTeM, Senkiran Dharma, 24, yang merupakan penganut Hindu diislamkan Zakir di hadapan 20,000 hadirin selepas berpuas hati dengan jawapan diterimanya berkaitan kebenaran Islam.

Senkiran ketika ditemui pemberita berkata, dia telah mengkaji dan mendalami Islam sejak tiga tahun lalu setelah saudara kembarkan memeluk agama itu dan mula tertarik untuk lebih memahaminya.

Bagaimanapun katanya, tindakannya itu tidak didesak oleh sesiapa sebaliknya atas pilihan serta keyakinannya sendiri terhadap keagungan Islam.

Pada akhir soalannya itu, Dr. Zakir bertanya kepada Senkiran adakah dia meyakini bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Senkiran dengan yakin menjawab bahawa dia sangat yakin Allah itu satu dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah sebelum mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh dewan.

Zakir kemudiannya meminta kebenaran untuk memimpin Senkiran mengucapkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris. - UTUSAN ONLINE