Saturday, March 12, 2016

ORANG MELAYU MASIH SETIA DENGAN UMNO



Dahulu Tun Mahathir dikatakan merosakkan UMNO dan ekonomi negara. Yang mana menyebabkwn ramai pemimpin Utama UMNO keluar dari UMNO dan menubuhkan parti semangat 46 yang semangatnya saja berkobar-kobar, ....

Namun, masih ada lagi insan yang teguh bersama Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO. Orang paling berjasa mempertahankan Tun Mahathir ketika itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Saya ketika itu masih muda Belia tetap bersama Tun Mahathir demi mempertahankan Presiden dan institusi UMNO. 

Dan ketika ini, adalah sebab yang sama juga saya mempertahankan Presiden dan institusi UMNO. Tidak ada sekelumit dihati ingin bersikap biadap kepada Tun, tapi saya dan juga ramai orang Melayu yang lain tidak boleh menerima orang yang sanggup bersekongkol dengan musuh umat Islam untuk menumbangkan Presiden dan UMNO.


Entah apa dan Siapa yang ingin diselamatkan oleh Tun Mahathir ? Jika ingin Selamatkan Malaysia....sewajarnya Tun Mahathir bersama-sama dengan Datuk  Seri Najib bersatu padu dalam mencari jalan penyelesaian nya. Seperti mana yang Datuk Seri Najib lakukan ketika Mata Wang Malaysia diserang dahulu. 

Kelihatan seperti ada agenda peribadi yang Tun Mahathir cuba sembunyikan.  Boleh jadi juga desakan demi desakan dari Taikun-taikun yang sering menggangu dan membelenggu pemikiran Tun Mahathir. 


Namun Atas apa sebab pun, UMNO wajib dipertahankan demi mempertahankan Agama Bangsa dan Tanahair.