Sunday, February 28, 2016

MyBAS BEROPERASI DI IPOH 1 APRIL

“Kejayaan  myBAS  di Kangar  dan  Seremban  juga menyaksikan  satu  peningkatan  yang  amat  menggalakkan.  Ini membuktikan  bahawa inisiatif  ini  memberikan  manfaat kepada  pengguna  dan  juga  diterima  baik  oleh  rakyat,” 

Tan Sri Syed Hamid Albar - Pengerusi SPAD



Mulai 1 April penduduk di Ipoh akan menikmati perkhidmatan MyBas yang akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu. Perkhidmatan MyBas ini juga akan melalui beberapa kawasan dan laluan baru yang menghubungkan dengan puat perniagaan kormesial, kawasan perumahan, sekolah, steen komuter dan lapangan terbang. 


Semua ini hasil dari termeterainya perjanjian antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (TCBS) yang berusaha menyediakan Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation, SBST) .


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD berharap dengan adanya perkhimatan MyBas jumlah penumpang di sekitar Ipoh dapat ditingkat dari 5.9 juta setahun kepada 8.88 juta penumpang setahun. 


Menurutnya lagi, “Walaupun inisiatif ini digubal bagi kemampanan perkhidmatan bas henti-henti yang menjadi pengangkutan utama di luar Lembah Klang, tujuan utamanya adalah untuk memberikan peningkatan saling hubungan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada pengguna tempatan."



Perkhidmatan MyBas ini akan membuka lembaran baru kepada penduduk sekitar Ipoh apabila laluan bas sebelum ini melalui 12 laluan sejauh 132km ditingkatkan kepada 16 mylaluan dengan 254km. Perkhidmatan ini dintegrasikan dengan stesen KTM disamping itu MyBas juga akan melalui laluan baru iaitu RTC Gopeng, Chemor, Menglembu, Gopeng, Station 18, Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah, Jusco Ipoh dan SMK Gunung Rapat.  


Pihak TCBS menjamin akan sentiasa memantau kekerapan bas disetiap laluan tersebut bagi memastikan operasi bas berjalan lancar. TCBS juga akan mengunakan Sistem Kedudukan Global (GPS) memantau waktu opersi bas dan maklumat jumlah penumpang. Manakala SPAD akan sentiasa meneliti setiap laporan penilaian bagi memastikan perkhidmatan sentiasa memenuhi kehendak pengguna.


Inilah usaha yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dalam sistem perkhidmatan pengangkutan awam bagi penambahbaikan masa perjalanan, keselesaan dipertingkat,  dan dann inisiatif meningkatkan daya tarikan pengangkutan awam.

Sewajarnya penduduk di Ipoh mengambil peluang ini menikmati perkhidmatan awam yang lebih selesa, mesra dan moden. 










No comments:

Post a Comment