Wednesday, January 6, 2016

LEBIH BAIK NEGARA INI DISERAH KEPADA MUSUH ISLAM ...???

Umat Islam digalakkan dan disuruh bersyukur kepada Allah samada  didalam keadaan senang ataupun susah. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu, hidup mereka sentiasa didalam keadaan tenang dan bahagia kerana redha dengan apa yang telah Allah kurniakan.

Namun masih ada sesetengah manusia yang mengaku menerima Islam sebagai agama anutan mereka (disebabkan ibubapa mereka Islam), menolak untuk bersyukur kepada Allah atau berterima kasih kepada orang yang Membantu mereka hanya kerana benci mereka kepada pemerintah Islam yang tidak sealiran dengan pegangan politik mereka.

Bagi mereka selagi pemerintah sedia ada tidak ditukar, mereka tidak akan bersyukur atau berterima kasih walaupun mereka hidup dalam kemewahan harta dunia dan Wang ringgit.

Bahkan mereka berpendapat lebih baik negara ini diserahkan kepada golongan penentang Islam dari diberi kepada kerajaan Islam.

Nauzubillahi min Zaalik.