Wednesday, January 20, 2016

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SIBUK BERPOLITIK





Oleh Najamuddin

SHAH ALAM -Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor hanya sibuk politik setiap masa daripada mengambil berat permasalahan rakyat di negeri ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin berkata, setelah memegang tampuk kerajaan Selangor, sepatutnya mereka lebih fokus untuk mentadbir kerajaan dan menyelesaikan permasalahan rakyat negeri ini.

“Namun kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN sejak hari pertama menjadi kerajaan negeri hingga sekarang tidak pernah lekang dengan kontroversi, konflik dan krisis sesama mereka,” katanya.

Terbaru katanya, kenyataan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang yang mencadangkan DAP memberikan separuh daripada kerusi majoriti pengundi Cina ditandinginya kepada PAN.

Menurut beliau lagi, Barisan Nasional khususnya Umno tidak akan masuk campur dengan isu dalaman dan tidak terikut-ikut dengan gaya politik mereka.

Apa yang penting Umno Selangor terutamanya perlu lebih fokus untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor dan menyelesaikan permasalahan setempat.

“Ini masalah dalaman mereka dan kita tak perlu masuk campur. Biar rakyat Selangor dapat lihat sama ada mereka ni fokus bekerja untuk rakyat atau asyik berpolitik sahaja demi menjaga kuasa mereka. Rakyat akan sedar,” katanya.

Beliau berkata, lebih baik kita membuat kebaikan kepada rakyat dan sememangnya dari dulu kita telah berbuat demikian.

“Rakyat akan nampak akhirnya kebaikan kita dan siapa yang layak memerintah Selangor,” Katanya.

No comments:

Post a Comment