Sunday, December 27, 2015

Wee Ka Siong sedih kejadian rakit tenggelam


Suasana sedih dan pilu menyelubungi keluarga encik Hairaddin Masran, Ketua UMNO Cawangan Kangkar Bahru, Batu Pahat.

Insiden rakit tenggelam yang  mengorbankan empat nyawa keluarga beliau di Sungai Bekok, Yong Peng mendapat liputan meluas di media massa Utama dan media sosial di seluruh negara.

Kedukaan beliau ini turut sama dirasai oleh sahabat baiknya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang tidak dapat lagi menyembunyikan riak wajah sayunya apabila mengetahui kejadian ini. 

Beliau segera ketempat kejadian dan memberi bantuan dan sumbangan sambil memberi kata-kata semangat kepada sahabat baik beliau. 

Sebagai sahabat, kejadian ini sungguh amat memilukan dan meruntun hati beliau. Kejadian ini beliau sifatkan sebagai satu tragedi yang cukup sedih. Tiada kata yang dapat beliau ungkapkan, melainkan tersingkap disebalik genangan air dimata.
Datuk Dr Wee sedang Menenangkan Haji Hairaddin yang keluar dari Hospital Batu Pahat menziarahi Isteri, Anak dan cucu beliau.

Bagi Ka Siong, Hairaddin yang beliau kenali adalah seorang yang rajin bekerja, komited dan sangat disenangi oleh penduduk tempatan. Apa yang menimpa beliau ini cukup tragik dan saya ucapkan tahziah, saya amat memahami perasan beliau ketika ini. 

Kejadian ini telah meragut empat nyawa antaranya termasuklah cucu beliau iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izaha, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan ditemui lemas sejurus kejadian itu manakala isteri Hairuddin, Lana Ismail, 55, dan anak bongsu Hairuddin, Mohd Aiman Arif, 10.
Tidak dapat menahan kepiluan Melihat tiga mayat yang terbujur kaki ketika melawat keluarga Hairadin di Kangkar Baru.

Dalam tragedi tersebut, rakit kayu yang membawa 10 keluarga Hairaddin tenggelam ketika mereka cuba menyeberang Sungai tersebut untuk melihat kambing ternakan mereka di tebing Sungai. 

Disini Pemuda Selempang Merah turut merasai kesedihan Encik Hairaddin Masran dan merakamkan ucapan Tahziah kepada beliau, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan diletakan bersama mereka yang Beriman dan beramal soleh. 


No comments:

Post a Comment