Sunday, November 1, 2015

Tiga inisiatif rasionalisasi jana RM42 bilion

1Malaysia Development Berhad (1MDB) optimis dengan pelan rasionalisasi yang menumpukan kepada tiga inisiatif dalam mengurangkan hutang syarikat sehingga RM42 bilion.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi penjualan :-
(1)Edra Global Energy Berhad (Edra) dan
(2) 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (Bandar Malaysia) serta
(3) pertukaran aset kepada ekuiti dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi.

(1)Menerusi penjualan Edra  hutang 1MDB akan berkurang antara RM16 bilion hingga RM18 bilion
(2) manakala 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM11.5 bilion 
(3)dan pertukaran aset kepada ekuiti dengan IPIC me­nyumbang pengurangan hutang kira-kira RM16 bilion.

“Selain itu, 1MDB masih lagi memiliki tanah di 
(1) Tun Razak Exchange (TRX) serta
(2) 80 hektar ta­nah di Air Hitam, Pulau Pinang dan 
(3)128 hektar tanah di Pulau Indah, Selangor.

Nilai aset 1MDB adalah lebih tinggi daripada hutang yang ditanggung syarikat.
Tiga syarikat yang mengemukakan bidaan untuk membeli Edra di­jangka memuktamadkan tawaran mereka dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.

No comments:

Post a Comment