Sunday, November 8, 2015

LIOW TANGKIS TERESA KOK DENGAN FAKTA




Saya masih tercari-cari niat dan helah Teresa Kok yang meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Ting Lai menyatakan perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan dalam operasi mencari pesawat MH370 dan kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Teresa Kok juga meminta Datuk Liow menyatakan nilai pampasan yang diberikan kepada kepada penumpang dan krew kabin yang terkorban dalam nahas tersebut. 

Sebenarnya saya sudah boleh agak, Datuk Liow bakal menjadi sasaran pembangkang dalam dewan rakyat. Namun Datuk Liow bukan calang-calang orang untuk mereka perkotak-katikan dalam dewan rakyat. 

Apakah niat beliau ingin mengumpan kemarahan rakyat terutama waris mangsa terhadap kerajaan diatas usaha berterusan kerajaan mencari kapal MH370 dan menuntut bela terhadap korban mangsa MH17 ? Atau adakah Teresa Kok ingin mencipta isu bahawa kerajaan membuang duit tanpa ada apa-apa hasil ? 

Saya tahu mereka, pembangkang masih mencari jalan untuk menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap usaha kerajaan mencari MH370 dan menyelesaikan kemelut pertelingkahan antarabangsa bekenaan MH17. Percayalah apa sahaja penjelasan kerajaan, mereka akan memutar belitkannya mengikut agenda politik mereka. 

Kerajaan sebenarnya sudah berusaha sedaya upaya dalam menangani kedua-dua konflik ini. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, walaupun operasi pencarian pesawat MH370 telah mencecah RM231 juta sehingga Okotber ini, anggaran kos keseluruhan  operasi tidak boleh ditentukan lagi buat masa ini kerana misi pencarian masih lagi diteruskan dan sudah tentu kosnya akan terus meningkat.

Kerajaan juga tidak pernah melupakan memberi pampasan kepada waris mangsa dalam kedua nahas. Berdasarkan Montreal Convention 1999 dengan pembuktian kerugian yang ditanggung oleh setiap penumpang, kerajaan melalui MAS telah menawarkan  bayaran pampasan  pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew berjumlah RM215,000. Itu bayaran sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada waris dan keluarga penumpang serta anak kapal.

Jumlah pampasan yang telah kerajaan berikan kepada waris kedua-dua nahas ialah sebanyak RM71 juta, iaitu 236 waris telah menerima pampasan bagi kedua-dua nahas tersebut. Ia bukan satu jumlah yang sedikit, namun itulah harga yang perlu yang kita bayar. Itulah satu bukti komitmen kerajaan yang berterusan kepada kedua-dua insiden ini. 

Saya tidak pasti dari arah mana pembangkang akan serang kerajaan, samada dari jumlah peruntukan yang telah diberi kepada waris mangsa atau dari segi usaha kerajaan dalam menyelesaikan kedua-dua insiden tersebut. Namun saya pasti mereka (pembangkang) perlu "study" dengan lebih mendalam dulu, kerana silap perhitungan senjata makan tuan. 

Apapun rakyat janganlah terpengaruh dengan sandiwara pembangkang seolah-olah merekalah jaguh membela rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan akan, sedang dan telah membantu sedaya mungkin dalam keterbatasan kuasa. 








No comments:

Post a Comment