Tuesday, July 7, 2015

SEBAB TU HULK BERWARNA HIJAU


Aku teringat masa aku kerja kat HKL 4 tahun lepas. Masa tu aku belum jadi pakar. Aku pegawai perubatan (registrar) masa tu.
HKL adalah hospital paling sibuk di negara kita.
Aku bertugas di Green Zone pada ketika itu.
Jam ketika itu menunjukkan pukul 3 pagi. Tidak ada tanda2 lautan pesakit akan surut.
Letih, lesu, penat, lapar, mengantuk semua ada. Tapi demi negara dan rakyat, maka aku gagahkan diri juga. Senyuman dan layanan mesra tetap diberikan tanpa jemu. Karang tak senyum kena complain pulak. (Yes, sebab tak senyum rakyat Malaysia akan complain sampai ke Menteri).
Pesakit seterusnya adalah pesakit aku yang ke 30 untuk hari itu. Dia adalah seorang lelaki berumur 23 tahun. Masuk sambil senyum2 dan memberikan salam. Kelihatan sihat walafiat dan sedang bermain whatsapp.
Aku pun terus bertanya apa masalahnya. Dia meletakkan phonenya ke tepi dan jawab, "Tak boleh tido, Doc".
Dalam hati aku terdetik, hmmm...insomnia agaknya sakit brader ni. Kesian.
Aku: Kenapa tak boleh tido?
Mamat tu: Saya mimpi ngeri doc.
Wow! Ini complain yang agak pelik dari complain2 lain utk malam ini. Dalam fikiran aku terfikir pelbagai sebab kenapa dia mengalami mimpi ngeri. Masalah thyroid ka? Masalah pengambilan ubat2an tertentu ka? Side effect pengambilan dadah ka? Ada masalah personal atau tempat kerja kah?
Otak aku berderet2 keluar pelbagai diagnosis berkemungkinan utk pesakit ini.
Aku pun bertanya soalan2 yg relevan dan pesakit menafikan mengalami masalah2 tersebut.
Kasihan dia...aku mesti kena selesaikan masalah yg dia deritai ini. Susah payah dia mai spital kul 3 pagi.
Aku terus bertanya.
Aku: mimpi apa?
Pesakit: saya mimpi kena kejar dgn hantu.
Aku: Berapa lama dah ada masalah ini?
Pesakit: Baru tadi doc.
Darah aku menyirap. Telinga aku rasa panas. Utk kepastian aku tanya lagi sekali.
Aku: Sebelum2 ni tak pernah jadi macam ni? Baru start malam ni?
Pesakit: Ya doc.
Aku: Kenapa datang malam ni ke hospital? Kan baru start hari ni?
Pesakit: Sebab saya tak boleh tido, doc.
Itu mmg limit tahap kesabaran aku. Nasib baik aku bukan Hulk. Kalau tak, mmg aku ah tukar colour jadi hijau di zon hijau.
Aku: Adik...sebelum aku bertukar jadi mimpi ngeri bagi kau, eloklah engkau balik dan jangan datang lagi.
Aku berbicara dgn lemah lembut sambil berpantun hingga dia balik.
Point aku cerita kat hgpa adalah...Jabatan Kecemasan adalah utk kes kecemasan. Jangan menyalahguna atau abuse sistem perkhidmatan kecemasan hospital. Kehadiran kes2 seumpama ini adalah antara punca kelewatan pesakit menerima rawatan di hospital.
1.Hanya sekitar 15% kes zon hijau sahaja adalah kes kecemasan yang memerlukan admission ke ward.
2. Berbeza dengan zon merah yang hampir 95% pesakitnya dimasukkan ke wad.


DR. ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR

No comments:

Post a Comment