Tuesday, July 7, 2015

DOKUMEN PALSU TERSEBAR MERATA -RATA



Dulu semua budak-budak tak cerdik pembangkang dok usung kehulu-kehilir macam-macam dokumen merepek untuk membuktikan yang DS Rosmah beli cincin 24 juta, kononnya dia menabung dari kecik..... hari ni, semua dah sedar dan tutup mulut masing-masing setelah kebenaran pembohongan ini terdedah.

Hari ni ada lagi dokumen-dokumen ciptaan pakar dalam dunia serba canggih ini .....masih lagi ada manusia yang percaya dan usung lagi sekali kehulu -kehilir.

Mungkin ini yang dinamakan bodoh bertingkat-tingkat. Tidak terfikirkan mereka yang musuh terlampau ghairah hendak menjatuhkan pemimpin kita sendiri ini sebab apa ? Adakah sebab mereka sayangkan orang Melayu ? atau mereka nak bela bangsa Melayu atau mereka nak sakau harta benda Melayu yang telah lama mereka idam-idamkan dari dulu.

British kalau tahu Tanah Melayu ni ada minyak yang nilainya boleh buat terkeluar biji mata , tak denya mereka nak benarkan kita MERDEKA dulu. Jangan harap laa....