Monday, July 6, 2015

JUSTO UGUT PETROSAUDI

Kes Petrosaudi Justo
1.Justo ditangkap di Thailand kerana jenayah peras ugut Petrosaudi.
Diulangi sekali lagi ,
Kerana jenayah ugut Petrosaudi.

2 .Justo tidak memeras ugut 1MDB kerana pada hemat Justo , 1MDB tidak bernilai untuk diugut berbanding Petrosaudi yang cukup bernilai baginya.
Justo amat yakin dengan maklumat yang berada di tangannya itu mampu mengugat business Petrosaudi.
Bagi Justo, segala bahan dan maklumat yang dia ada tidak berguna untuk  mengugat kredibiliti 1MDB, maka dia tidak perlu membazirkan masa berbuat demikian.

3.Namun kerana kegagalannya memeras ugut Petrosaudi maka Justo melihat potensi untuk  mungkin mengubahsuai dokumen itu dan menjualnya kepada pihak yang berminat atau pihak yang tahu beliau sedang dicari polis untuk kes peras ugut Petrosaudi.
Justo tahu beliau sedang diburu polis dan dia juga tahu ada pihak tertentu yang berminat dengan bahan yang beliau ada.


4.Petrosaudi membuat kes jenayah keatas Justo kerana Petrosaudi tidak takut dengan peras ugut yang  Justo lakukan.  Petrosaudi yakin mereka dipihak yang benar dan  tahu mereka tidak akan rugi apa apa.
Petrosaudi mahu Justo dikenakan tindakan undang-undang kerana jenayah yang  dibuat oleh Justo keatas mereka telah mencemarkan  maruah keluarga diraja Saudi.


5.Bahan dokumen yang ada pada Justo disyaki telah dibeli pihak tertentu yang kemudiannya disyaki memberikan kepada pihak yang lain untuk menerbitkannya lalu mensensasikannya.

Rakyat malaysia seharusnya berfikir mengapa ada pihak yang sanggup membayar untuk mendapatkan dokumen tersebut sedangkan jika benar dokumen itu mampu membuktikan jenayah 1MDB.

 Seharusnya pihak yang membeli dokumen itu tidak perlu membeli dokumen tersebut, sebaliknya mereka harus laporkan kepada pihak berkuasa malaysia dan meminta pihak berkuasa Malaysia mendapatkan dokumen tersebut melalui undang-undang dan protokol diplomatik agar ianya dapat disiasat oleh pihak berkuasa kita.

Oleh itu , amat musykil mengapa ada pihak tertentu mahu mensensasikan isu dokumen Justo 1MDB Petrosaudi melalui media barat dan tidak melalui pihak berkuasa Malaysia untuk siasatan yang lebih telus...??? Mengapa .....
Fikirkan.

TMX
suntingan : Mohammad Firdaus Hasnel 






No comments:

Post a Comment