Tuesday, June 23, 2015

SELANGOR WAJAR SERAH SEMULA KEPADA RAKYAT

Perang mulut antara  DAP dan PAS kini mula berjangkit dengan PKR di Selangor dan Pulau Pinang. Tatkala Lim Guang Eng menyatakan Pakatan sudah berkubur, ketua AMK Pulau Pinang pula bertegas pakatan mereka masih wujud. Manakala Menteri Besar Selangor Azmin Ali kelihatan bingung dengan kemelut baru pakatan yang dilihat mendesak beliau membubarkan DUN Selangor. "Pilih antara PAS dan DAP, atau Bubar DUN Selangor ...!!!" desak Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, berpendapat adalah lebih baik kerajaan Selangor menyerah semula pentadbiran kepada rakyat negeri Selangor. Ini kerana sudah tidak ada kesepakatan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri Selangor.

 Bahkan mereka tidak berjaya mewujudkan polisi bersama dalam usaha mereka menawan Putrajaya. PAS tegas dengan undang-undang hududnya dan DAP pula menentang perlaksanaannya. Jika mereka berjaya pun memerintah, negara tidak akan stabil dan kucar kacir. "Negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang di persetujui bersama di perlukan” tegas Liow Tiong Lai.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai lagi, kedua-dua parti ini DAP dan PAS tidak ikhlas menjaga kebajikan rakyat, masing-msing hanya menjaga kepentingan parti masing-masing dan bukannya kepentingan rakyat.

Saya ingin berpesan kepada orang ramai jangan sama sekali di perdaya oleh DAP”,  Liow Tiong Lai.

DAP yang selama ini kita kenal tidak pernah menunjukkan keikhlasan mereka membantu rakyat, sebelum berjaya memerintah mereka menjanjikan pelbagai kebaikan untuk rakyat tetapi selepas berjaya mencapai hasrat mereka memerintah barulah wajah sebenar mereka muncul.  Mereka sentiasa menyembunyikan hasrat mereka asalkan dapat memerintah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha MCA, Datuk Wee Jeck Seng dalam satu kenyataan berkata," Parti-parti Pakatan tidak berperinsip dan tidak bertanggungjawab, walaupun  Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan tidak lagi wujud, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan Datuk Mohd Salleh Man sebagai wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang mereka tunjukkan bukanlah satu usaha untuk membela rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berkuasa. 

Bagi penulis, pertelagahan ketiga-tiga parti jelas menujukkan mereka gagal dalam menunjukkan ciri-ciri pemerintah yang cekap, telus dan berintigriti. Rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan boleh mejamin ekonomi yang baik untuk mereka. Jalan terbaik ialah rakyat perlu tolak parti yang menyusahkan mereka. 





No comments:

Post a Comment