Wednesday, June 24, 2015

MALAYSIA AKAN SAMBUT ULANG TAHUN MEMPERINGATI NAHAS MH17


Tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh pada 18 julai 2014 masih lagi segar dalam ingat semua rakyat Malaysia. Tragedi kedua selepas kehilangan MH370 empat bulan sebelum itu telah meragut nyawa 298 termasuk krew penerbangan. 

Sehingga hari ini rakyat Malaysia masih lagi trauma dan meratapi kisah sedih tragedi yang menjadi ingatan seluruh dunia.

Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat, kerajaan Malaysia akan mengadakan ulang tahun pertama memperingati tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia yang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine, di Kuala Lumpur bulan depan.

Selain Malaysia, Belanda dan Australia juga akan mengadakan ulang tahun tersebut di negara masing-masing. Belanda telah tetapkan pada tarikh 17 Julai ini sebagai tarikh sambutan tersebut manakala Malaysia dan Australia belum lagi membuat keputusan. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pihaknya sedang menyediakan laporan untuk melaksanakan sambutan ulang tahun memperingati nahas itu kepada kabinet dan akan membentangkannya rabu depan.


Tiong Lai juga mengalu-alukan kehadiran waris mangsa nahas yang ingin turut sama menyambutnya di Belanda. Segala kos tiket penerbangan waris nahas akan ditanggung oleh MAS.

Berkenaan tarikh yang difikirkan sesuai untuk sambutan tersebut, beliau berkata, " kabinet sendiri akan putuskannya kerana ia akan menjadi acara di peringkat kebangsaan. Kabinet akan meneliti laporan berkenaan nahas itu sebelum menentukan tarikhnya. 


Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 julai 2014, semua penumpang dan anak kapalnya terkorban. 




No comments:

Post a Comment