Friday, May 22, 2015

DUA KEM PLKN - BAKAL MENEMPATKAN PELARIAN ROHINGYA BUAT SEMENTARA



Sebagai seorang Islam saya berasa amat lega dan bersyukur apabila kerajaan Malaysia bersedia menghulurkan bantuan menempatkan pelarian etnik Rohingya di dua kem PLKN. Maka tertutuplah mulut beberapa individu yang merasakan dirinya layak untuk mempersoalkan kewajaran kerajaan membiarkan mereka terapung-apung dilautan. 

Saya difahamkan bahawa Ketua Pengarah PLKN, Datuk Mohamed Asri Yusuf telah dimaklumkan bahawa kemungkinan beberapa kem akan digunakan sebagai pusat perlindungan sementara bagi pelarian etnik Rohingya. 

Saya berharap, Dr. MAZA mufti Perlis merangkap Pengkritik Tetap Kerajaan berpuashatilah dengan usaha menyelamat  yang kerajaan Malaysia lakukan ini. Untuk pengetahuan Dr. MAZA sebelum hendak menghantar operasi menyelamat, kerajaan perlu menyediakan logistik dan  prasarananya terlebih dahulu. Jika tidak selepas operasi menyelamat, dimana hendak ditempatkan mereka ? Lain lah jika Dr. MAZA menyediakan rumahnya sebagai kem pelarian. 

 Menurut Ketua Pengarah PLKN lagi, pihaknya sudah bersedia untuk mengunakan mana-mana kem yang diperlukan bagi menempatkan pelarian dalam masa yang sama menyelesaikan proses ekstradisi dan dokumentasi yang berkaitan. 

Sebelum itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan akan menempatkan pelarian etnik Rohingya di dua kem PLKN namun tidak menyatakan jumlah pelarian yang akan dibantu. Sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang  akan menghantar tentera Malaysia bagi menyelamat pelarian etnik Rohingya.


Menurut Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan TLDM dan APMM untuk membantu Mercy Malaysia dalam usaha menghantar bantuan kemanusian kepada pelarian Rohingya.  
“Ia adalah bantuan kemanusiaan dan kita akan pastikan mereka mendapat bekalan makanan dan air sementara yang sakit akan diberi bantuan perubatan dan barang," Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Semoga usaha menyelamat dan memberi bantuan oleh kerajaan Malaysia berjaya dan mendapat keberkatan serta diberkati Allah SWT. 








 

No comments:

Post a Comment