Sunday, May 24, 2015

Tan Sri Amrin Nafi 1MDB Tidak Memberi Kerjasama. Satu demi satu penipuan pro-Tun M dibongkar.


Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi kerjasama dalam siasatan mereka.

“Saya tak keluarkan apa-apa kenyataan” kata Tan Sri Amrin dalam rangkaian media sosial WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika menafikan penyebaran sebuah poster yang antara menyebut Amrin sebagai berkata, “Audit penuh ke atas 1MDB mungkin akan mengambil masa yang panjang kerana Jabatan Audit Negara tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari 1MDB. Jabatan Audit Negara masih belum menerima apa-apa dokumen daripada 1MDB.”

Maklumat dalam poster tersebut turut dinafikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam twitternya malam tadi.

Beberapa hari lalu 1MDB telah membuat kenyataan bahawa mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Audit Negara dan menjangkakan ia akan selesai pada bulan Jun ini.

Tindakan menyebarkan kenyataan palsu Amrin ini bertujuan menjejaskan siasatan Audit Negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara peringkat Parlimen) dan menimbulkan syak wasangka dan keributan politik mungkin dibuat oleh musuh-musuh politik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Tan Sri Amrin Nafi 1MDB Tidak Memberi Kerjasama | MYKMU.NET - http://www.mykmu.net/2015/05/tan-sri-amrin-nafi-1mdb-tidak-memberi-kerjasama/

No comments:

Post a Comment