Wednesday, May 6, 2015

AHLI UMNO KENA BERUSAHA MENCARI JALAN KELUAR

Jika satu Bahagian UMNO berjumlah 3000 orang ahli dan setiap orang ahli UMNO tersebut menyumbang 10sen bermakna wang yang dikumpul berjumlah RM300. Itu jika 10sen, jika RM1 dah RM3000.

Apa yang boleh dibuat dengan RM300 dan RM3000 ...???

Tahukah anda kemerdekaan negara bermula dengan pengorbanan wang ringgit dan harta benda pejuang-pejuang UMNO terdahulu.

Ahli UMNO hari ini sudah lupa untuk memberi dan menyumbang, apa yang kebanyakkan mereka buat ialah meminta. Apabila UMNO sudah tidak dapat memberi manfaat kepada mereka, mulalah mereka berpaling tadah dan menikam UMNO dari belakang.

Yang ingin saya tekankan disini bukan wang ringgit, tetapi ekonomi. UMNO kena bersatu padu kembalikan penguasaan ekonomi umat Islam di Malaysia walau apa jua cabaran yang datang. Berkorbanlah sedikit hari ini agar generasi kita tidak merempat dikemudian hari.

Kita mungkin tidak akan dapat menikmati apa yang telah kita korbankan hari ini. Namun kelangsungan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair ini akan dapat dinikmat oleh generasi kita akan datang.

MENJADI KAYA DAN KUAT ITU JUGA JIHAD. DIRIKAN SOLAT DAN TUNAIKAN ZAKAT.