Thursday, April 2, 2015

KENAPA MYDIN KENAKAN GST DAN RON 97 ADA GST


Jawapan Ringkas Lokman Adam


Ramai yang keliru kerana Ron 97 dan Mydin yang dikatakan tidak ada kenaikkan harga, mengenakan GST hari ini. Untuk makluman anda, harga di Mydin dan Harga Ron 97 telah diturunkan terlebih dahulu sebelum GST dikenakan.
Sebagai contoh, sebelum ini harga Ron 97 adalah RM 2.25 seliter. Maka untuk mengekalkan harga Ron 97 ditahap harga bulan Mac, kerajaan telah menurunkan harga Ron 97 kepada RM 2.1226 sebelum mengenakan GST 6% iaitu RM 0.1271 bagi membolehkan Ron 97 dikekalkan pada harga RM 2.25 seliter.
Begitu jugalah apa yang berlaku di Mydin, DrFIY dan syarikat-syarikat lain yang telah mengumumkan hasrat mereka untuk menurunkan harga atau mengekalkan harga barang selepas perlaksanaan GST. Syarikat-syarikat ini masih wajib mengenakan GST seperti syarikat lain. Bezanya mereka tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan mereka sanggup bersusah payah menuntut semula cukai jualan ke atas stok lama mereka dari Kastam. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar kita bantu war-warkan nama syarikat-syarikat yang tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang selepas perlaksanaan GST ini.
Harga sesuatu barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Katakanlah ada 100 buah syarikat, 80 daripadanya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga, manakala 20 yang lain menurunkan harga barang bila kos pengeluaran mereka berkurangan kerena elemen cukai dikeluarkan dari rantaian awal perniagaan sebelum ini. Yakinlah, dalam masa beberapa bulan sahaja, dengan hebahan yang kita buat, jumlah syarikat yang menurunkan harga barang ini akan bertambah dari hari kehari sehingga mengakibatkan syarikat yang mengambil kesempatan tadi akan gulung tikar jika mereka gagal menyaingi harga syarikat yang tidak mengambil kesempatan tadi.

No comments:

Post a Comment